ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah macam filem Armageddon, angkasawan terperangkap di ISS

Berita Global

Views

Sebuah portal melaporkan sekumpulan angkasawan terperangkap di orbit sekitar Bumi selepas kapal angkasa mereka mengalami kerosakan.

Menurut www.thenationalnews.com, terdapat sebuah kapal angkasa penyelamat untuk membawa mereka pulang ke Bumi, namun tidak cukup masa berbuat demikian.

Ini kerana, kapal angkasa penyelamat berkenaan hanya mampu membawa empat daripada tujuh angkasawan terbabit.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Keadaan itu mirip kepada filem Hollywood berjudul Armageddon yang dibintangi pelakon terkenal, Bruce Willis atau filem Graviti yang dilakonkan oleh Geoge Cloony dan Sundra Bullock.

Apa yang dihadapi angkasawan berkenaan adalah hakikat dalam dunia nyata dan perlu dihadapi oleh mereka ketika di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Ia selepas kapsul Soyuz milik Russia mengalami kerosakan teruk, sekali gus sukar untuk dibaiki.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Antara angkasawan yang berada dalam kapsul berkenaan adalah Dmitry Petelin dan Sergey Prokopyev dari Russia termasuk seorang angkasawan dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Frank Rubio yang tiba di ISS pada September lalu, menaiki kapal angkasa Soyuz.

Kapal angkasa berkenaan dijadual untuk membawa sekumpulan angkasawan itu pulang ke Bumi pada Mac.

Bagaimanapun, dua minggu kemudian selepas ‘berlabuh’ di ISS, penyejuk kapal angkasa berkenaan mengalami kebocoran besar yang sesetengah pakar percaya ia mungkin tidak boleh melakukan penerbangan dengan selamat.

Baki kapal angkasa yang tinggal di ISS adalah American SpaceX Dragon yang pernah membawa empat angkasawan iaitu dua daripada NASA dan dua lagi masing-masing dari Kanada serta Russia pada Oktober lalu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply