ARKIB

KATEGORI

Buletin

Civic 1.8S jadi model Honda pertama dalam armada kenderaan KPDNHEP

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia semalam telah mengumumkan penyerahan 16 unit model sedan segmen-C, Civic 1.8S kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan secara tidak langsung menjadikannya sebagai model Honda pertama yang digunakan dalam armada kenderaan kementerian tersebut.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, pihaknya amat berbangga kerana KPDNHEP telah memilih Civic bagi melaksanakan tugas-tugas mereka. Generasi kesepuluh Civic telah diperkenalkan ke pasaran tempatan pada bulan Februari dan sejak pelancarannya, lebih dari 10,400 unit telah terjual sekali gus menguasai 81 peratus pegangan pasaran.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Civic telah menjadi peneraju segmen-C sehingga bulan Oktober 2020 dan setakat ini menjadi model Honda kedua paling laris di Malaysia. Model yang dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC ini turut dipilih sebagai kereta peronda untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi kegunaan penguatkuasaan undang-undang dan tugas kepolisian Kor Polis Tentera Diraja (KPTD).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply