Baru-baru ini tular video intip yang memaparkan kelibat dua unit tunggang uji motosikal misteri yang dikesan di sekitar susur keluar ke Bukit Tagar dan Bestari Jaya. Salah satu daripada unit tunggang uji adalah sebuah ‘moped’ dan sebuah lagi jenis ‘sportbike‘.
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
Dikatakan model moped yang sedang diuji itu kelihatan seperti Yamaha Exciter 155 VVA 2021 terbaharu dan berkemungkinan ia bakal dikenali dengan Yamaha Y15ZR V3 di pasaran Malaysia. Model Exciter 155 VVA 2021 masih lagi belum dilancarkan secara rasmi dan hanya akan tiba di Vietnam pada suku pertama tahun depan.
Sebelum ini, beberapa foto versi facelift Y Suku ini telah tertiris dan pernah kami siarkannya dalam artikel terdahulu. Model ini akan dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 155cc SOHC VVA yang mampu menjana 19.04 kuasa kuda pada 10,000rpm dengan daya kilas 14.7Nm pada 8,500rpm. Ia digandingkan bersama transmisi manual 6-kelajuan.
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
Boleh dikatakan hampir keseluruhan reka bentuk luaran model ini mengalami perubahan, dengan penggayaan semula dilakukan pada bahagian panel kepala, lampu depan dan juga belakang. Lampu depan versi terbaharu ini tampil dengan rekaan nipis memanjang dan berkemungkinan besar menggunakan mentol jenis LED.
Sebuah lagi model yang diuji adalah jenis sportbike yang kelihatan seperti Yamaha YZF-R15, berdasarkan kepada saiznya yang agak kompak. Adakah dengan penemuan dua unit tunggang uji ini menandakan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sudah bersedia untuk membawanya masuk ke pasaran pada tahun depan? Sama-sama kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Yamaha Exciter RC
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
KOMEN TERKINI