ARKIB

KATEGORI

Tular

Wanita syukur bapa selamat, dirempuh Mini Cooper dipandu warga Singapura

Tular

Views

Seorang wanita berkongsi rakaman kamera pemuka kereta Toyota Corolla Altis milik bapanya yang terlibat dalam kemalangan setelah dirempuh sebuah kereta Mini Cooper berwarna kuning dipercayai dipandu oleh warga Singapura sekitar Kluang, Johor pada Sabtu lalu.

Video kemalangan berdurasi 20 saat yang dikongsikan oleh Ainzaabar menerusi laman Twitternya pagi semalam telah mendapat lebih 711,600 tontonan dan 7,262 ulang ciap (retweet).

Kata Ain, dia kehilangan kata-kata setelah bapanya memberitahu seolah-olah ‘rasa macam sudah mati’ ketika dilanggar oleh sebuah kereta Mini Cooper kuning warga Singapura.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tambahnya, selepas melihat rakaman kamera pemuka kereta milik bapa dan gambar kemalangan, yang terlintas di fikirannya adalah bapanya mungkin dalam keadaan yang tidak baik.

“Saya mendapat perkhabaran ayah terlibat dalam kemalangan setelah adik saya menghantar pesanan kepada saya. Sangat cuak ketika itu kerana ayah seorang pemandu berhemah dan berpengalaman memandu lori, bas serta kereta sewa,” ciapnya.

Menurut bebenang di Twitternya, bapanya yang mengalami cedera ringan telah dibawa ke hospital seterusnya keluarganya juga tampil membuat laporan polis dengan segera berhubung kemalangan yang berlaku.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Jelasnya, pemandu telah mengaku bersalah dan mengaku melihat aplikasi Waze sebelum terbabas dan merempuh kereta ayahnya.

“Sekarang nak tuntut insurans pihak ketiga benda penting kena ada adalah laporan polis, keputusan kes dari pihak polis, polisi insurans, laporan kesihatan, salinan kad pengenalan, lesen dan geran kereta.

Semua ini akan mengambil masa setahun kerana melibatkan warga Singapura. Kereta bapanya mengalami kerugian total dan untuk uruskan tuntutan, mereka telah melantik peguam yang mana yurannya adalah sebanyak 25 peratus dari tuntutan yang telah dipersetujui.

Sehubungan itu, dia juga meminta orang ramai supaya mendoakan keluarganya dalam menguruskan tuntutan disamping prosesnya dipermudah. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @ainzaabar

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply