ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga emas, Candida Uderzo perbaharui lesen memandu pada usia 100 tahun

Berita Global

Views

Seorang wanita di Itali memperbaharui lesen memandunya pada usia 100 tahun dan menjadi orang ketiga di negara itu dalam julat umur tersebut yang disahkan berupaya untuk memandu kenderaan, lapor akhbar The Guardian.

Menurut KOSMO! ONLINE, Candida Uderzo diberi lesen baharu selepas lulus ujian mata di sebuah sekolah memandu di wilayah Vicenza.

 

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Wanita berusia 100 tahun itu berkata, dia suka berdikari dan tidak mahu memberi tekanan kepada anak lelakinya untuk membawanya ke mana-mana tempat.

“Pembaharuan lesen ini membuatkan saya gembira dan lebih bebas. Saya bernasib baik kerana masih sihat pada usia 100 tahun. “Saya tidak pernah mengambil ubat, hanya pil tidur sekali-sekala,” kata Uderzo kepada akhbar Corriere della Sera.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Uderzo berkata, penglihatannya sangat baik sehingga dia boleh membaca akhbar tanpa memerlukan kaca mata. Populasi penduduk dalam lingkungan usia 100 tahun di Itali adalah tertinggi di Eropah dan bilangan orang yang mencapai usia tersebut terus meningkat.

Menurut data yang dikeluarkan pada awal Mei lalu oleh agensi statistik kebangsaan, Istat, Itali adalah negara kepada 20,456 penduduk berumur dalam lingkungan seratus tahun, meningkat daripada 14,456 pada 2019.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan bilangan orang dari lingkungan umur tersebut yang masih berupaya memandu. Lesen untuk penduduk berusia 80-an ke atas akan diperbaharui setiap dua tahun dengan pemandu perlu menyediakan sijil perubatan untuk memastikan mereka sihat dari segi mental dan fizikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Observador

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply