ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Perkenalkan semula RON93” – Shahrir Samad

Berita Tempatan

Views

Bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Shahrir Samad menggesa kerajaan supaya memperkenalkan semula petroleum RON93 dengan mengambil kira keadaan semasa rakyat.

Menurut portal FreeMalaysiaToday, Shahrir berkata RON93 lebih murah jika dibandingkan dengan RON95 dan 97 yang kini berada di pasaran. Ujar beliau, pemilik motosikal boleh berjimat kerana petrol kita berkualiti tinggi dan semuanya tanpa plumbum.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Harga runcit petrol RON97 berada di paras RM4.72 seliter manakala RON95 pula kekal pada harga RM2.05 seliter dalam tempoh hari ini sehingga 15 Jun.

Harga runcit produk petroleum secara mingguan itu ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menurut Shahrir, ketika menjawat jawatan tersebut, beliau ditugaskan mengendalikan harga petrol yang menyaksikan harga bahan mentah dunia itu melonjak naik.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Jelasnya, ketika harga petrol dinaikkan, kerajaan memberi rebat berbentuk bayaran tunai sebagai subsidi bersasar kepada pengguna kereta dan motosikal.

Tambahan pula, diperkenalkan RON95 supaya pemilik kenderaan tidak perlu pakai RON97 sementara RON95 ada subsidi 30 sen seliter.

Setelah 14 tahun, sudah sampai masanya untuk petrol RON93 diperkenalkan semula, supaya pengguna ada pilihan petrol yang lebih murah daripada RON95. Katanya lagi, “tiga gred petrol (iaitu) RON97, RON95 dan RON93”.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply