ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga emas kantoi jual makanan untuk ‘geng plastik hitam’

Berita Tempatan

Views

Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun dalam Ops Ramadan di Alor Setar kerana menjual makanan bungkus untuk kaki ponteng puasa hari ini. Menurut Berita Harian, lelaki itu telah ditahan ketika sedang menunggu pelanggan di satu kawasan di Simpang Empat, dalam operasi jam 10.15 pagi.

Dia dikatakan mengambil kesempatan dengan menjual makanan bungkus itu untuk ‘geng plastik hitam’ sejak awal Ramadan lalu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan maklumat awam yang diterima, sepasukan dari 10 anggotanya melakukan serbuan di lokasi terbabit dan mendapati lelaki itu sedang menunggu pelanggan.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Beliau berkata, ketika itu ada seorang pelanggan baru hendak membeli makanan di situ namun berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggotanya di situ. Katanya, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut kerana menjual makanan bungkus kepada orang Islam yang tidak berpuasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Radzi berkata, modus operandi yang dilakukan lelaki itu ialah dengan siap membungkus nasi dan lauk sebelum memasukkan dalam plastik hitam dan menjualnya kepada pelanggan yang datang.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Dalam serbuan berasingan di kedai makan bukan Islam, seorang lelaki berusia 50 tahun tidak sempat minum air sebelum dia disoal siasat anggota penguatkuasa JAIK kerana tidak berpuasa. Menurut Radzi, lelaki itu memberi alasan baru pulang dari meracun rumput di sawah dan singgah di situ untuk minum.

Bagaimanapun, pihaknya hanya memberi amaran kepada lelaki itu supaya beredar dari kedai makan berkenaan untuk mengelak dari ditangkap. Kata beliau, operasi berakhir jam 11.30 pagi tadi dan pihaknya hanya memberi notis kepada lelaki yang ditahan kerana mengambil langkah pencegahan stardart operasi untuk mengelak jangkitan COVID-19.

Tambah Radzi lagi, pihaknya akan melakukan operasi dari masa ke semasa untuk membendung kegiatan mereka yang menjual makanan kepada kaki ponteng puasa dan mereka yang tidak berpuasa di negeri ini kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan. Kredit Berita Harian

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply