ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely dan DRB-HICOM serah bantuan perubatan kepada Kerajaan Malaysia

Berita Tempatan

Views

Geely Holding Group dan DRB-HICOM hari ini telah menyerahkan sumbangan bantuan perubatan kepada Kerajaan Malaysia yang terdiri daripada topeng muka 3 lapisan, pakaian pelindung, kacamata perubatan dan mesin ventilator AD 700 PL.

Kesemua barangan itu akan diedarkan ke 55 buah hospital di seluruh negara seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Sumbangan yang diberi merupakan sebahagian daripada inisiatif Geely Holding untuk membekalkan peralatan perubatan melalui Yayasan Kebajikan Li Shufu ke kawasan-kawasan yang terjejas di China serta ke negara-negara luar yang beroperasi di bawah syarikat beliau bagi membantu membendung penularan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Yayasan tersebut ditubuhkan pada tahun 2006 oleh pengasas Geely Holding, Li Shufu, yang menumpukan untuk membasmi kemiskinan dan membantu bencana global. Pada Januari 2020, yayasan itu memperuntukkan sebanyak RMB 200 juta (USD 28 juta) untuk menyokong usaha memerangi COVID-19 secara global.

Pengerusi Geely Holding, Li Shufu berkata, pihaknya akan membantu masyarakat dan pihak berkuasa terutama dari segi perubatan untuk mengatasi penularan wabak ini seboleh mungkin. Selain daripada bekalan perubatan yang diterima dari China, Proton telah meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan untuk memudahkan operasi logistik serta turut menghasilkan 60,000 unit pelindung muka di kilangnya di Shah Alam.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Sementara itu, DRB-HICOM sebelum ini turut aktif membantu dalam usaha mencegah COVID- 19 di Malaysia. Bekerjasama dengan anak syarikat lain di bawah syarikat induknya, Kumpulan Albukhary, sumbangan diberikan adalah dari segi wang tunai, peralatan perubatan, makanan untuk hospital kerajaan, pengamal media yang bertugas serta pelajar-pelajar universiti dan turut menyumbang drone jarak jauh yang digunakan bagi aktiviti pemantauan dan pengawasan.

Menurut Datuk Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton, mereka sangat beruntung kerana mempunyai rakan usaha sama seperti Geely yang bermurah hati untuk turut membantu mempermudahkan usaha ini. Bekalan perubatan yang disumbangkan dari Geely dianggarkan bernilai RM5.5 juta (USD1.3 juta).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply