ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga emas pandu Proton Wira lawan arus maut

Berita Tempatan

Views

Lelaki warga emas maut selepas dipercayai memandu secara melawan arus dan terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 32.8 Lebuhraya Persekutuan arah Klang, awal pagi tadi.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan kemalangan membabitkan Proton Wira dan Honda City pada 2.08 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa memandu Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan Honda City.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Akibat pertembungan itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang melihat kejadian atau berada di lokasi supaya menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor R Navalan di talian 014-2536820.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Petaling Jaya

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply