ARKIB

KATEGORI

Buletin

Theophilus Chin bikin Saga jadi generasi kedua Savvy, amacam ‘jadi’ ke tak?

Impresi Artis

Views

Sahabat kami, yang sememangnya pakar manipulasi digital Theophilus Chin sebentar tadi telah memuatnaik hasil karya terbaharunya iaitu Proton Savvy generasi kedua.

Apa yang menarik, Theo telah menggabungkan dua model iaitu Saga 2022 (MC2) dan Fiat Argo untuk menghasilkan Savvy versinya itu.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Meskipun rekaan ini agak konvensional, tetapi sebenarnya ia lebih praktikal kerana Proton tidak perlu membangunkan satu model khusus untuk Savvy, hanya perlu mengubah suai bentuk sedan Saga menjadi sebuah hatchback.

Dari depan, ia masih mengekalkan hampir keseluruhan ‘wajah baharu’ Saga, cuma perbezaan pada bahagian lampu depan sahaja.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Di belakang semestinya perubahan yang paling ketara dan beberapa elemen reka bentuk pada model Fiat Argo telah diserapkan pada rekaan tersebut, terutama bentuk lampu, pintu belakang dan juga bamparnya.

Sekilas pandang, reka bentuk belakang Savvy generasi kedua versi Theo mirip Mitsubishi Mirage. Secara keseluruhan rekaan ini tidaklah kelihatan pelik dan ‘sedap mata memandang’.

Setidak-tidaknya Savvy yang menjadi asas kepada Saga pada ketika ini ada juga calon pengganti. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply