Misi kayuhan solo ke Makkah seorang warga emas, Sitdek Ahmad Ali, 62 tetap akan diteruskan dan beliau juga sedikit pun tidak patah semangat susulan penyebaran fitnah oleh pihak tertentu menerusi laman sosial. Menurut Berita Harian, warga emas itu berkata, ini semua adalah tohmahan, malah ia langsung tidak menjejaskan tumpuannya terhadap misi ke Makkah.
Beliau menepis dakwaan misi itu tidak akan diteruskannya dan menggunakan dana dikumpul untuk membeli kenderaan. Sitdek berkata, ada individu dipercayai sengaja menyebarkan fitnah itu menerusi laman sosial Facebook dan menjadi tular sehingga menyebabkannya dikecam netizen tanpa usul periksa.
Jelasnya, beliau masih meneruskan misi itu tetapi terpaksa pulang ke rumah di Felda Palong, Jempol, selepas terkandas di Kuantan, Pahang akibat banjir pada 19 Disember lalu. Tambah Sitdek, basikalnya masih berada di rumah seorang rakan beliau di Kuantan yang turut menasihatinya supaya pulang dahulu sementara menunggu keadaan kembali pulih.
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
Malah, rakannya itu juga yang menghantar beliau ke rumah. Katanya lagi, kayuhan itu tetap akan diteruskan bagi mengumpul dana seperti yang dijadualkan selepas ini. Misinya ke Makkah pada tahun hadapan tetap akan laksanakan walaupun mungkin berdepan pelbagai cabaran.
Mengenai dakwaan beliau membeli kenderaan baharu menggunakan wang dana, Sitdek menafikan tuduhan itu dan memaklumkan kenderaan itu dibelinya menggunakan wang pendapatan sebagai peneroka, selain simpanan daripada pemberian anak-anak.
Jelasnya, beliau mempunyai 10 orang anak dan kebanyakannya sudah bekerja, jadi secara logiknya sudah tentu mereka memberikan wang kepadanya serta isteri. Beliau juga tidak pernah menceritakan hal peribadi kepada semua orang kerana merasakannya tidak perlu.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Kata Sitdek lagi, beliau membeli sebuah kereta terpakai menggunakan wang hasil jualan kuda namun tidak menyangka ia menjadi isu. Motosikal baharu itu pula milik anaknya yang dibeli menggunakan wang yang dipulangkan oleh pemilik motosikal lama kerana ada masalah dokumentasi.
Pada mulanya Sitdek mahu mengambil pendekatan berdiam diri, namun disebabkan isu itu menjadi semakin hangat, beliau akhirnya tampil memberi penjelasan kerana tidak mahu orang ramai salah sangka terhadap dirinya.
Mengulas mengenai kayuhan solo mengelilingi Semenanjung bagi mengumpul dana untuk melaksanakan misi kayuhan ke Makkah, Sitdek berkata, beliau sudah menamatkan pusingan pertama membabitkan jarak 10,000 kilometer sejak Mei lalu dan hanya tinggal lebih 5,000 kilometer sahaja lagi. Selepas itu, beliau akan melalui beberapa negara termasuk Thailand, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Arab Saudi dan Mekah untuk menunaikan ibadah haji atau umrah tahun depan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Nor Norie
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
KOMEN TERKINI