ARKIB

KATEGORI

Rencana

MESTI BACA: Hadkan kelajuan kapcai?

Rencana

Views

Memandangkan cadangan untuk menurunkan had laju motosikal kapcai yang dibangkitkan oleh aktivis keselamatan jalan raya masih perlu diteliti oleh pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pengangkutan sahabat kami di Middlesbrough UK, Dr Aid Fawzal turut berkongsikan pendapatnya mengenai cadangan tersebut.

Menurut hantaran di laman Facebook rasminya, beliau merasa amat dukacita apabila mendengar, membaca atau melihat kecelakaan dan kemalangan jalan raya lebih-lebih lagi bila melibatkan motosikal. Beliau yang juga bekas pemilik dan penunggang Yamaha Lagenda ZR berkata, pengguna motosikal mempunyai risiko kemalangan yang tinggi daripada pengguna jalan raya yang lain kerana pelindung diri mereka hanyalah topi keledar (helmet).

Tidak ramai yang mampu dan sanggup mengeluarkan belanja lebih untuk membeli ‘siut’ lumba dan memakai topi keledar bertutup penuh (full face) apabila hendak menunggang motosikal berkapasiti rendah seperti kapcai. Kata beliau, ramai yang beremosi apabila membaca berita mengenai cadangan itu yang sebenarnya dilontarkan oleh The Safety First Group, manakala kerajaan hanya akan meneliti hal ini terlebih dahulu.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Berikut adalah pandangan beliau mengenai isu ini. Jom baca!

Adakah kelajuan menjadi punca sebenar kemalangan? Secara teori, ya kerana KELAJUAN MEMBUNUH!. Ini kerana apabila kita memandu/menunggang dengan laju:

a) Daya impak yang tinggi

  • Daya impak (impact force) adalah jisim (mass) darab halaju kuasa dua (speed^2) dibahagi dengan jarak ubah bentuk (deformation distance).
  • F = m.v² / s.
  • Ini bermakna, lebih laju suatu jisim bergerak, lebih tinggi impaknya.

b) Jarak membrek dan masa tindak balas

  • Halaju (speed) adalah kadar perubahan ‘jarak’ dan ‘masa’. Lebih laju kita bergerak, lebih jauh jarak yang kita boleh lalui dengan masa yang singkat.
  • Contohnya dengan kelajuan 70km/j, jarak 100m boleh dilalui dengan masa 5.14 saat. Manakala dengan 100km/j, jarak 100m tu hanya perlukan 3.6 saat sahaja.
  • Dengan ini, bila kita menunggang laju, kita perlukan jarak membrek yang LEBIH JAUH dan masa tindak balas yang SINGKAT.

Kalau dibuka buku mengaji, inilah jawapannya.

Tapi adakah ini punca sebenar kemalangan? Beliau mohon berbeza pendapat kerana padanya, punca kemalangan motorsikal adalah lebih daripada masalah kelajuan. Di sini beliau pecahkan kepada dua bahagian:

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Berpunca dari penunggang motosikal*

Masalah penunggang motosikal yang sering diperhatikan adalah:

  • Tidak memakai topi keledar.
  • Makin memulas pendikit bila dah terlihat lampu isyarat merah.
  • Tidak mematuhi lampu isyarat, tidak tahu apa yang dikejarkan.
  • Menungggang secara melawan arus.
  • Berlumba di tempat yang tidak sepatutnya.
  • Menunggang sambil menggunakan telefon.

Berpunca dari pengguna jalan raya yang lain*

  • Pemandu mabuk.
  • Memandu dengan cuai dan menggunakan telefon.
  • Membuat pusingan-U pada tempat yang salah.
  • Menukar laluan dengan tidak menyalakan signal.
  • Tidak sensitif dan peka dengan pengguna motosikal.
  • Memandu secara melulu, macam nak berlumba.

Ringkasan

Kesemua ni, kalau disimpulkan adalah MASALAH SIKAP. Bukan masalah kelajuan. Masalah sikap ini ‘ubat’nya adalah mendidik dan menghukum. Sudah bertahun-tahu kita menghukum. Menghukum dengan saman ini, bila ramai tidak membayar, akan ada diskaun secara pukal.

Kesudahannya, kesalahan akan terus berulang dan masalah tidak akan selesai, sama seperti kemalangan. Mungkin kerajaan patut fikirkan kaedah untuk mendidik pula. Kepada pembaca yang tidak tahu, di sekolah sekarang, anak-anak ada pendidikan keselamatan jalan raya dan ini adalah sangat bagus.

Cadangan

  • Gunalah Root Cause Analysis (RCA) bukan memberi cadangan mengikut teori semata-mata.
  • Mohon mendidik masyarakat. Buat video, buat infografik, gunakan media sosial, portal atau laman sesawang, akhbar dan media massa.
  • Mengubah pendekatan pengajaran di sekolah memandu. Bukan hanya untuk mengetahui undang-undang tetapi belajar untuk hargai nyawa orang lain.
  • Kalau perlu juga hadkan kelajuan, Dr Aid Fawzal mencadangkan untuk menguatkuasakannya kepada BAS dan LORI kerena mereka ini lah ‘hantu-hantu jalan raya’ yang sebenar.

Apa pandangan anda pula?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply