ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely bakal lancar satelit orbit rendah untuk kereta pandu sendiri

Berita Global

Views

Geely nampaknya semakin serius dalam pembangunan teknologi pandu sendiri dan sedang melabur 2.27 bilion yuan (RM1.37 bilion) untuk kilang pembuatan satelit di China. Menurut laporan Autonews Europe, kilang itu nanti akan ditugaskan untuk membina satelit orbit rendah yang mampu membekalkan data lebih tepat kepada kereta pandu sendiri.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Pemilik jenama Volvo dan pemegang saham terbesar dalam Daimler itu menyasarkan untuk membina sebanyak 500 unit satelit setiap tahun menjelang 2025. Ia merupakan cabang teknologi Geely yang pada mulanya melancarkan Geespace dalam usaha untuk menyelidik, melancarkan dan mengendalikan satelit orbit rendah pada 2018.

Buat masa ini kira-kira 300 orang telah ditugaskan untuk menjalankan projek tersebut, dan menurut Geely, Geespace akan mula melancarkan rangkaian satelit orbit rendahnya menjelang akhir tahun 2020. Satelit orbit rendah ini dikatakan mampu menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi, navigasi yang tepat dan keupayaan pengkomputeran awan untuk kereta dengan fungsi pemanduan autonomi.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Ia juga akan membekalkan sambungan berkelajuan tinggi untuk kenderaan mengemaskini perisian dengan lebih pantas. Setakat ini model terbaharu Geely, SUV subkompak Icon yang dilancarkan minggu lalu telah menerima lebih 30,000 pra tempahan.

Model ini dilengkapi dengan sistem pemanduan pintar, dengan 12 radar ultrasonik, radar gelombang millimeter dan lima kamera berdefinisi tinggi. Selain itu, ia dilengkapi dengan kawalan jelajah pintar (ICC), bantuan kekal lorong (LKA), brek kecemasan automatik dan pengecaman pejalan kaki (AEB-P), parkir automatik satu-butang (APA) dan banyak lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Geely Icon

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply