ARKIB

KATEGORI

Buletin

Waze tampil dengan identiti jenama dan Moods baharu

Berita Tempatan

Views

Bagi meraikan kembalinya warga Malaysia ke jalan raya, Waze telah memperkenalkan identiti jenama dan Moods baharu bagi menyuntik lebih banyak keseronokan dalam setiap perjalanan. Waze diasaskan daripada idea ringkas di mana dengan bekerjasama, masyarakat dapat menjadikan pengalaman di jalan raya menjadi lebih baik.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Selain itu, Waze juga inginkan setiap individu di platformnya menjadi sebahagian daripada komuniti ini dan boleh meluahkan perasaan mereka dengan bebas menerusi pembaharuan jenama menggunakan Waze Moods yang telah dipertingkatkan. Sama ada anda “Happy,” “Wild,” “Zombified,” atau apa sahaja perasaan yang anda alami, terdapat Mood bagi semua orang menggambarkan perasaan masing-masing semasa dalam trafik.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Selain daripada Moods, Waze turut memperkenalkan sebuah palet warna serta bahasa visual baharu berdasarkan jalanan dan peta yang boleh dilihat menerusi laman sesawang Waze, e-mel, dan saluran sosial. Menurut Ketua Kreatif Waze, Jake Shaw, pembaharuan jenama ini merangkumi pengalaman Waze yang unik secara visual, dengan format grid, Moods dan palet warna baharu bagi meraikan kegembiraan yang mereka cuba bawa ke jalan raya.

Bagi Ketua Waze Malaysia, Kelvin Sim, pihaknya ingin membina identiti visual yang kuat dan fleksibel yang dapat menyokong jenama dan penggunanya sambil membenarkan pengguna untuk mengekspresikan diri secara jujur dan seronok. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi catatan blog oleh Ketua Kreatif Waze, Jake Shaw. Aset visual untuk penampilan baru Waze boleh dimuat turun di sini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply