ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angka jualan Proton pada bulan Jun melonjak

Berita Tempatan

Views

Berikutan dengan pengenalan insentif pengecualian cukai jualan daripada pihak Kerajaan, momentum jualan kenderaan di Malaysia kian meningkat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada bulan Jun. Permintaan meningkat ini sekali gus melonjakkan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) berbanding pada tahun 2019.

Proton turut menerima tempias daripada pertumbuhan ini kerana jualan bagi jenama automotif Malaysia dianggarkan menguasai 66.4 peratus pasaran pada bulan ini. Pengeluar kereta nasional itu telah berjaya menjual sebanyak 9,623 unit pada bulan Jun. Ia secara tidak langsung menjadi bulan kedua terbaik pada tahun 2020 menerusi tiga model mendahului jualan dalam segmen masing-masing.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Angka tersebut juga menunjukkan pertumbuhan 69.5 peratus berbanding Mei 2020 dan kenaikan 26.3 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 ketika dunia masih belum lagi dijangkiti wabak. Saga terus mencatat jualan terbaik bulanan hampir enam tahun.

Dengan angka pegangan pasaran setakat ini sebanyak 21.2 peratus, jumlah jualan Proton untuk separuh pertama tahun 2020 meningkat 6.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jurang jumlah keseluruhan berbanding 2019 juga menurun menjadi hanya 14.6 peratus, pencapaian luar biasa sebanyak hampir tiga kali lebih baik daripada jenama pesaing.

Saga yang bakal meraikan ulang tahun ke-35nya tidak lama lagi, mencatat prestasi penjualan terbaik dalam tempoh 70 bulan dengan angka jualan pada bulan Jun sebanyak 4,447 unit. Ia berjaya mengatasi jumlah jualan  pada Oktober 2019 sebanyak 4,275 unit yang merupakan angka terbaik bulanan sebelum ini dan merupakan yang tertinggi sejak Ogos 2014.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

X70 pula kekal sebagai SUV segmen C terlaris di negara ini dengan jualan sebanyak 1,909 unit pada bulan Jun. Model ini turut menjadi SUV paling menjadi pilihan secara keseluruhan untuk separuh pertama tahun ini. Sementara itu, Persona masih menerajui kategori sedan segmen B untuk bulan kedua berturut-turut, meskipun terdapat penurunan jualan selama dua bulan. Jumlah kumulatifnya mencatat lebih 25.1 peratus berbanding tahun lepas.

Exora terus menjadi MPV segmen C terlaris, manakala model hatchback segmen B Iriz pula, berada pada kedudukan ketiga dalam kategorinya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, peningkatan keyakinan pengguna terhadap produk mereka dan pembelian tanpa cukai jualan telah menjadi menjadi pemangkin jualan syarikat.

Tambah beliau, separuh masa kedua tahun ini akan menjadi lebih sibuk buat Proton dan tidak lama lagi mereka akan meraikan sambutan ulang tahun ke-35, Proton Saga. Pihaknya berharap dapat menggunakan kesempatan ini sebagai batu loncatan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti lain pada tahun 2020 termasuk usaha dalam menambah baik pengalaman pelanggan serta penambahbaikan produk-produk baharu yang lebih berinovatif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply