Untuk peminat ayam goreng “Kepci”, ini lah dia Wuling Hongguang MINI EV Edisi Khas KFC, khusus untuk negara China sahaja.
Ia merupakan salah satu daripada beberapa model varian khas kereta elektrik mini itu termasuklah Wuling MINI EV termasuklah Edisi Game Boy, Cabrio dan juga Macaron.
Jenama Kentucky Fried Chicken (KFC) sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana merupakan salah satu francais makan segera tersohor yang berasal dari Amerika Syarikat.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, Wuling dan KFC akan menganjurkan beberapa siri aktiviti. Antara hadiah yang bakal ditawarkan nanti termasuklah 200 unit EV MINI Hongguang.
Model ini akan dihiasi dengan grafik bertemakan ayam goreng dan identiti jenama KFC iaitu jejalur merah dan putih yang ikonik. Perkataan “KFC” pula tertera di bahagian sisi.
Ia masih mengekalkan output model sedia ada iaitu, 27 kuasa kuda dengan 85 Nm daya kilas atau 40 kuasa kuda dengan 110 Nm daya kilas.
Edisi khas ini akan dikuasakan dengan pilihan bateri berkapasiti 9.2 kWj, 13.9 kWj atau 25.5 kWj, dengan jarak tempuh antara 120 km dan 170 km.
Kelajuan tertinggi untuk setiap versi dihadkan kepada 100 km/j. Bulan lalu, sebanyak 41,255 unit MINI EV telah pun terjual, menurun sebanyak 13.8 peratus.
Walaubagaimanapun, ia masih menggungguli carta sedan terlaris Oktober di China, mengatasi model lain termasuk Nissan Sylphy, Volkswagen Lavida, BYD Qin, dan BYD Han.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit DongCheDi
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI