ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : YouTuber ini jumpa ‘lubuk Nissan Skyline baik giler’ di Jepun – Jom lihat apa reaksinya!

Tular

Views
CHEAP SKYLINES AS FAR AS THE EYE CAN SEE!

Wow! Kami sendiri pun akan teruja kalau terjumpa ‘lubuk Nissan Skyline‘ yang terbaik macam ni di Jepun. Ini yang berlaku kepada seorang YouTuber dari Australia bernama SAMMIT yang berkunjung ke sebuah syarikat jualan kereta tersebut di pedalaman negara tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Syarikat yang dikenali sebagai Trust Kikaku itu mempunyai sebuah gudang yang menyimpan berpuluh-puluh unit Skyline yang boleh di hantar ke luar negara. Kebanyakan Skyline yang di situ diletakkan di luar dan seperti yang anda bayangkan, tidak semua model-model ini berada dalam kondisi yang baik.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Apa yang menarik, Trust Kikaku menyimpan kebanyakan model Skyline yang bernilai di dalam gudang di mana kesemuanya dibalut penuh dengan plastik! Sebahagian daripadanya sangat murah dan dengan harga yang tak masuk akal! Ada empat model generasi R34 yang dijual pada harga US$2000 (RM8,366) walaupun ia hanyalah model tanpa turbo dengan transmisi automatik,

Syarikat ini juga sanggup menjual generasi R34 kepada pembeli di Amerika Syarikat dan boleh menolong menyimpannya dengan bayaran hanya $US50 (RM209) sebulan sehingga kereta tersebut sah untuk diimport ke negara tersebut. Setakat ini generasi R32 dan R33 telah berada di pasaran negara Uncle Sam itu. Tonton video di atas untuk info lebih lanjut!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply