ARKIB

KATEGORI

Buletin

PolicyStreet dan Direct Lending lancar microtakaful kemalangan peribadi, DirectCare+

Berita Tempatan

Views

PolicyStreet dengan kerjasama dengan Direct Lending baru-baru ini telah melancarkan sebuah microtakaful kemalangan peribadi dengan ciri perlindungan pinjaman yang dikenali sebagai DirectCare+.

Ini merupakan ialah produk microtakaful pertama PolicyStreet dan ini meneguhkan kedudukannya sebagai InsurTech tempatan yang pertama dalam menceburi usaha sebegini.

Produk microtakaful baru ini dijangka akan melengkapi Pelan Ansuran Servis Kereta oleh Direct Lending terkini, yang merupakan sebuah pelan ansuran servis kereta digital yang berlandaskan konsep Shariah.

DirectCare+ akan menawarkan perlindungan kewangan tambahan terhadap bebanan kewangan akibat kematian atau hilang upaya secara kekal akibat kemalangan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ini termasuk RM15,000 untuk bantuan kewangan dan perlindungan pinjaman, serta memastikan sebarang jumlah pinjaman dilunaskan. Selain itu, Khairat Kematian pula menyediakan bayaran sekali gus sebanyak RM4,000 untuk menampung kos pengebumian.

Sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan disebabkan oleh hilang upaya akibat kemalangan, jumlah pinjaman akan terus dibayar selama 12 bulan berturut-turut. Pemohon juga akan menerima bantuan kewangan sehingga RM15,000, bergantung kepada tahap kehilangan upaya.

Microtakaful percuma ini disediakan kepada pengguna yang layak dan pemohon Pelan Ansuran Servis Kereta Direct Lending yang berlandaskan konsep Shariah, yang menawarkan tempoh pembayaran sehingga 12 bulan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet, Yen Ming Lee berkata, pihaknya amat berbangga untuk melancarkan produk microtakaful pertama ini dan ia merupakan satu pencapaian penting bagi syarikat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pelanggan boleh memohon Pelan Ansuran Servis Kereta secara 100 peratus dalam talian menerusi laman sesawang Direct Lending atau dengan mengimbas kod QR di mana-mana 1,400 bengkel yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Pengguna Pelan Ansuran Servis Kereta yang layak untuk DirectCare+ juga mempunyai pilihan untuk memanjangkan tempoh perlindungan mereka sehingga 12 bulan dengan memilih dan membayar sumbangan diskaun serendah RM10 sepanjang tempoh kempen.

Ini boleh dilakukan sebelum mereka menyelesaikan proses daftar keluar (checkout) dalam talian yang diperlukan untuk menggunakan pelan pembayaran bagi bil penyenggaraan atau pembaikan kereta mereka di bengkel-bengkel yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut layari www.directlending.com.my/auto-service-financing/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply