ARKIB

KATEGORI

Info

Rupa-rupanya ada sebuah Proton Wira LHD pernah ‘jejak tayar’ di negara Uncle Sam

Info

Views

Kami rasa mungkin tidak ramai yang mengetahui cerita ini, termasuklah kami. Menerusi satu hantaran yang dikongsi oleh rakan kami Hye RiTs menerusi akaun Facebooknya, rupa-rupanya ada sebuah Proton Wira versi pemanduan kiri (LHD) pernah berkhidmat di negara ‘Uncle Sam’ (Amerika Syarikat).

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Wira LHD yang dimiliki oleh seorang warga Malaysia yang bertugas di sana pada ketika itu, malangnya tidak dibawa pulang ke sini. Namun ada satu cerita menarik mengenai Wira LHD yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook yang bernama Nazreen Rosli. Dia yang merupakan anak kepada pemilik kereta tersebut berkata, bapanya telah membeli Wira LHD itu semasa bertugas di Vietnam dalam tahun 90an.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Katanya, kereta itu telah diimport untuk berkhidmat di Virginia dan ia mungkin satu-satunya kereta Proton Wira LHD yang pernah ‘menjejakkan tayarnya’ di negara tersebut. Dia juga masih ingat satu ketika dia terpaksa memakai beberapa helai baju panas (sweater) yang dilapik dengan jaket tebal, gara-gara kereta itu tidak mempunyai alat pemanas, namun kereta itu menjalankan tugasnya dengan baik.

Nazreen juga tidak pasti sama ada enjin 1.5 liter yang digunakan oleh Wira LHD itu adalah dari versi 4G15 atau 4G91, tetapi menurutnya kereta tersebut dihantar ke pusat servis Mitsubishi memandangkan sebahagian besar alat ganti dan komponennya berkongsi dengan model jenama itu. Tambah Nazreen lagi, bapanya masih ingat dan rasa begitu bangga apabila ramai warga Amerika bertanya mengenai kereta itu kerana mereka belum pernah melihatnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hye RiTs

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply