ARKIB

KATEGORI

Buletin

100 unit pertama BYD ATTO 3 diserah kepada pelanggan di Malaysia

Berita Tempatan

Views

BYD melakar pencapaian pentingnya apabila menyerahkan 100 unit pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya, ATTO 3 kepada pelanggan di Malaysia.

Menurut Berita Harian, ATTO 3 sudah menerima kira-kira 1,000 tempahan dalam tempoh hanya 10 hari, susulan kejayaan pelancarannya di negara ini.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, berkata penghantaran kumpulan pertama kenderaan BYD ATTO 3 ke pasaran Malaysia membolehkan syarikat bersedia untuk mengekalkan momentum dengan lebih banyak unit ketika sedang dihantar dan akan tiba di negara ini tidak lama lagi.

Ujar beliau, pihaknya akan terus memacu usaha mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia, dalam pada syarikat mengembangkan portfolio EV dengan rakan berkelas dunia seperti BYD untuk membawa inovasi menarik ke dalam pasaran.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Tambah Jeffry, pihaknya juga berusaha untuk menampung permintaan yang semakin meningkat bagi pilihan mesra alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus menyokong aspirasi negara ke arah mencapai mobiliti karbon rendah.

Ditawarkan dalam dua varian, BYD ATTO 3 berharga daripada RM149,800 bagi Standard Range dan RM167,800 bagi Extended Range, dengan lima pilihan warna yang menarik iaitu Surf Blue, Parkour Red, Boulder Grey, Forest Green dan Ski White.

BYD ATTO 3 dilengkapi ciri-ciri canggih dan menawarkan keupayaan bateri yang cemerlang yang membolehkannya bergerak sejauh 480 kilometer dengan sekali cas.

Dibina menggunakan teknologi canggih BYD dengan e-platform 3.0, EV berprestasi tinggi itu dilengkapi dengan kepintaran, kecekapan, standard keselamatan tanpa tandingan dan reka bentuk menakjubkan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pelanggan yang berminat mencuba sendiri kenderaan itu boleh melawat bilik pameran BYD di TREC KL, dekat Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

BYD adalah syarikat teknologi tinggi multinasional berpangkalan di Xi’an, Shaanxi di China yang menumpukan kepada inovasi teknologi.

Diasaskan pada 1995 sebagai pengeluar bateri boleh dicas, BYD kini memiliki skop perniagaan yang merangkumi automotif, transit rel tenaga baharu dan elektronik.

Syarikat itu juga memiliki kira-kira 30 taman industri di China, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jepun, Brazil, Hungary dan India.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit BYD Cars Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply