Setelah mencapai jualan 105,483 unit pada Disember 2022, Chery Group telah melakar sejarah dengan jualan global 2022 sebanyak 1,232,727 unit, naik 28.2 peratus berbanding 2021. Ini termasuk 451,337 unit di luar China, naik67.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ini bukan sahaja kali pertama jualan tahunan Chery telah melebihi sejuta unit, malah merupakan rekod eksport tahunan kerana Chery kini telah menjadi pengeksport kenderaan penumpang jenama China Nombor 1 selama 20 tahun berturut-turut.
Setakat ini, Chery mempunyai 11.2 juta pengguna global, termasuk 2.4 juta di luar China. Chery terus membangunkan produk bertaraf global melalui interaksi rapat dengan pelanggannya di seluruh dunia.
Tahun 2022 juga menyaksikan syarikat tersebut memecahkan rekod eksport bulanan sendiri sebanyak empat kali berturut-turut, dengan empat bulan eksport melebihi 50,000 unit.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
Didorong oleh siri Tiggo 7 dan Tiggo 8, jumlah eksport kumulatif Chery kini menyumbang satu perlima daripada jumlah eksport kenderaan jenama China dalam tempoh yang sama.
Kegigihan strategik Chery dan usaha berterusan terhadap pembangunan berkualiti tinggi telah membawa semua metrik perniagaan utamanya ke tahap baharu.
Dengan inovasi sebagai daya penggerak utama, Chery terus meningkatkan falsafah ‘Technology Chery‘ dan mempercepatkan transformasinya ke arah menjadi syarikat teknologi global.
Mereka telah memperkenalkan ahli profesional global terkemuka, menubuhkan pasukan ketua saintis serta mengusahakan penciptaan kilang inovasi teknologinya untuk sentiasa membangunkan teknologi baharu menerusi produk baharu.
Setakat akhir tahun 2022, Chery telah memohon sebanyak 25,795 paten dan memperoleh 17,177, di mana 37 peratus merupakan ciptaan, sekali gus menjadikannya antara yang terulung dalam industri.
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
Chery terus mengembangkan rangkaian rakan niaganya dan mewujudkan beberapa penjalinan antarabangsa untuk inovasi bersama, inovasi bersepadu serta kerjasama terbuka.
Syarikat tersebut telah berganding bahu dengan Haier, Huawei, Luxshare Precision, CATL, iFLYTEK, Horizon Robotics dan perusahaan yang lain dalam pelbagai bidang seperti internet industri, penyelesaian pintar, sistem bateri traction dan kerjasama ekosistem.
Pada 2022, platform internet industri HiGOPlat, yang dibina oleh Chery dan COSMOPlat, telah mula beroperasi dan diaplikasikan di Chery Qingdao Super Factory dan Chery Wuhu Super Factory secara berperingkat.
Ini telah mewujudkan mod pengeluaran baharu bagi penyesuaian individu secara besar-besaran serta mencipta ‘beacon factory‘, yang menjadi amalan yang berkesan bagi Chery dalam penerokaan pembinaan kilang pintar yang didorong oleh internet industri.
Untuk tahun 2023, Chery Group akan berusaha untuk mengekalkan peningkatan dari segi jumlah jualan tahunan serta metrik perniagaan utama yang lain, ke arah mencapai peningkatan yang berterusan dalam kualiti perniagaan agar berjaya berada di kalangan perusahaan automotif terkemuka dunia dalam masa terdekat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
KOMEN TERKINI