ARKIB

KATEGORI

Tular

Majikan buat kejutan, hadiahkan pekerja warga Indonesia sebuah Proton Saga baharu

Tular

Views
@viviproton 很有福气的一位员工 老板送大礼给他作为奖励🎁🎁 顾客说 这是他一位很好地员工 👍#viviproton #汽车销售顾问 #congratulations #proton #sales #advisor #johor #送员工的礼物 ♬ 原聲 – Hs Vivi Proton

Baru-baru ini tular di TikTok, video yang memaparkan seorang lelaki telah menerima sebuah Proton Saga (mungkin varian Standard Lite AT) baharu yang dimuatnaik menerusi akaun viviproton yang merupakan seorang penasihat jualan Proton di Johor Bahru.

Video tersebut setakat ini telah mendapat lebih 81,400 tontonan dan 4,063 tanda suka. Sebenarnya, apa yang membuat video ini tular adalah kerana lelaki tersebut merupakan pekerja warga Indonesia yang telah menerima hadiah kereta tersebut daripada majikan, berkat daripada ‘kerajinannya’,

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Semasa hari penyerahan kereta, majikan tersebut membuat kejutan dengan membawa pekerjanya yang bertuah itu ke bilik pameran Proton.

Daripada reaksi wajah lelaki tersebut, jelas dia terkejut, terharu dan bersyukur semasa menerima kunci kereta Saga yang dihiasai dengan ‘riben merah besar’ pada bonetnya itu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Menurut portal China Press, Saga itu yang telah dibayar secara tunai oleh majikannya dan didaftarkan atas nama lelaki tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan memuji tindakan majikan lelaki tersebut. Salah seorag daripada mereka berkata, lelaki tersebut beruntung kerana mendapat majikan yang baik.

Ada juga yang berkata, ini merupakan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak dan katanya lagi, majikan lelaki tersebut amat menghargai segala usaha gigihnya untuk syarikat selama ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply