ARKIB

KATEGORI

Tular

Penyampai radio Afrika Selatan promosikan Proton X50, ruangan komen meriah dengan celoteh warganet

Tular

Views

Baru-baru ini dua orang penyampai (DJ) radio East Coast Drive telah diberi peluang untuk mencuba sendiri model SUV terlaris di Malaysia, Proton X50 yang dijual untuk pasaran Afrika Selatan.

Untuk pengetahuan semua, Proton telah kembali semula ke Afrika Selatan pada September lalu setelah sedekad meninggalkan pasaran negara tersebut.

Pelancaran semula jenama itu telah diadakan oleh pengedar rasminya iaitu Combined Motor Holdings (CMH). Serentak dengan itu juga, dua model SUV telah dilancarkan iaitu X70 dan X50.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kedua-dua model tersebut didatangkan secara siap bina (CBU) dan ia akan disusuli oleh model sedan, Saga pada awal tahun 2023.

Duo penyampai iaitu Stacey dan J Sbu telah memberi ulasan ringkas mereka berkenaan X50. Setakat artikel ini ditaip, video tersebut telah mendapat lebih 12k ‘like’, 1,100 komen dan dikongsikan lebih 2,700 kali.

Mereka berdua dilihat begitu teruja dengan reka bentuk SUV kompak tersebut, malah kagum dengan kecanggihannya dan cuba membuka bumbung suria dengan hanya menggunakan ciri Arahan Suara.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ruangan but belakang X50 juga agak luas sehingga membolehkan Stacey berbaring di dalamnya. Namun, di ruangan komen ia cukup meriah dan kadang kala bagaikan berada di ‘medan perang’.

Ada di antara mereka yang berbangga dengan kejayaan jenama Proton, tidak kurang pula ada yang memberi komen sinis dan nakal mengenai masalah berkaitan dengan isu alat ganti.

Di Afrika Selatan, X50 ditawarkan dengan dua pilihan varian dan dijual pada harga bermula dari R449,900 (RM117,886) untuk varian Standard, manakala varian Premium pula dijual pada harga R579,900 (RM151,950).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply