ARKIB

KATEGORI

Buletin

109,758 pemandu Singapura ada saman tertunggak – Polis Johor

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 2.2 juta saman yang dikeluarkan Polis Johor sejak 2014, masih tertunggak hingga kini membabitkan pelbagai kesalahan trafik, termasuk yang dikeluarkan terhadap pemandu warga Singapura.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 109,758 saman tertunggak membabitkan warga Singapura.

Katanya, sebanyak 23.5 peratus saman warga Singapura ini sudah dijelaskan, manakala baki 76.4 peratus lagi masih belum dijelaskan.

Mengikut statistik, pihaknya mengeluarkan 2.3 juta saman sejak 2014 sehingga kini dan setakat ini hanya 600,000 saman sudah dijelaskan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Jelasnya, antara saman paling banyak adalah memandu melebihi had laju dan kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada acara pelepasan (Flag Off) Konvoi Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, bermula hari ini sehingga Ahad ini, Polis Johor menawarkan pengurangan bayaran saman 50 peratus yang boleh dijelaskan di semua Balai Polis Trafik seluruh negeri.

Oleh itu, pihaknya menggesa pesalah trafik yang masih mempunyai saman tertunggak boleh mengambil peluang ini untuk menjelaskan saman mereka.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau turut menggesa masyarakat Johor khasnya, supaya datang ke mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang mempunyai balai trafik bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Mengulas mengenai program konvoi itu, Kamarul Zaman berkata, rombongan disertai 30 pegawai dan anggota Polis Johor menjelajah ke seluruh negeri membabitkan jarak 734 kilometer.

Katanya, beberapa program disusun atur sepanjang program ramah mesra dengan Brother Motor termasuk advokasi iaitu memberi nasihat dan menunjukkan cara pemanduan berhemah.

Ini adalah cara terbaik polis mendekati kumpulan Brother Motor ini dan pihaknya akan menjadikan mereka sahabat supaya mereka semua dapat mematuhi peraturan jalan raya.

Tambahnya lagi, setiap hari kita mendengar penunggang motosikal berdepan kemalangan, malah ada yang membabitkan kematian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply