ARKIB

KATEGORI

Buletin

MIROS keluarkan senarai ranking lebuh raya di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan memberikan ranking kepada lebuh raya di negara ini berdasarkan indeks kematian rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum dari aspek keselamatan jalan raya.

Menurut Ketua Pengarah MIROS, Ir Dr Khairil Anwar Abu Kassim, lebuh raya yang berada di kedudukan teratas dinamakan lebuh raya berprestasi baik, mempunyai potensi lebih tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah.

Dengan memberikan kedudukan ini kepada lebuh raya, pengguna lebuh raya akan lebih peka terhadap risiko keselamatan mereka ketika melalui lebuh raya. Katanya, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Analisa MIROS selama ini mendapati, masalah utama keselamatan di lebuh raya adalah pemanduan melebihi had laju, dengan risiko kemalangan maut dan kecederaan parah bertambah tinggi apabila terdapat objek berbahaya di kawasan tepi lebuh raya yang tidak dilindungi penghadang jalan.

Dalam pada itu, MIROS menjelaskan, bagi menyenaraikan lebuh raya mengikut kedudukan terbaik, mata kedudukan akan dijumlahkan untuk setiap lebuh raya berdasarkan pemberat sebanyak 70 peratus untuk indeks kematian dan 30 peratus untuk peratusan segmen jalan yang bertaraf tiga bintang dan ke atas. Kedudukan lebuh raya kemudiannya ditentukan mengikut jumlah mata kedudukan yang paling rendah.

Senarai lebuh raya yang menduduki lima tempat teratas bagi kategori lebuh raya jenis sistem tol tertutup adalah:

  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
  • Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE).

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Berikut adalah senarai lebuh raya yang menduduki lima tempat teratas bagi kategori lebuh raya jenis sistem tol terbuka:

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (LITRAK)
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
  • Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Sementara itu, MIROS menjelaskan, penentuan lebuh raya berprestasi baik juga mengambil kira faktor kebarangkalian berlakunya kemalangan maut dan kecederaan parah jenis terbabas akibat pemanduan melebihi had laju.

Berikutan statistik kemalangan dan keadaan sedia ada persekitaran jalan akan berubah dari semasa ke semasa, penetapan kedudukan lebuh raya berprestasi baik ini akan dilakukan secara berkala bagi memantau perubahan risiko mengikut keadaan semasa.

Kata Khairil Anwar lagi, kedudukan lebuh raya juga boleh ditambahbaik sekiranya konsesi lebuh raya dapat meningkatkan penarafan bintang di lebuh raya mereka dan MIROS sentiasa bersedia untuk membantu pihak konsesi untuk melaksanakan proses penarafan bintang di lebuh raya mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply