ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga Anniversary Edition dilancarkan secara maya – Harga RM39,300, hanya 1,100 unit sahaja!

Berita Tempatan

Views

Buat julung kalinya, Proton melancarkan model baharu secara maya dalam talian mengikut norma baharu berikutan pandemik COVID-19. Hari ini bersempena dengan ulang tahun ke-35 model ikoniknya, Proton memperkenalkan Saga Anniversary Edition yang berdasarkan varian 1.3L Premium.

Ia menampilkan warna luaran Quartz Black yang eksklusif dan ciri-ciri dalaman yang istimewa serta dilengkapi dengan penapis kabin N95. Dari luar, ia menampilkan kemasan jalur kuning pada bahagian atas jeriji hadapan dan bampar belakang, serta cermin sisi berwarna kuning,

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Di bahagian dalam, ia dihiasi dengan jalur kuning pada corong pendingin hawa dan panel tengah, serta lingkaran kuning pada panel meter. Warna eksklusif ini mengingatkan kita kepada warna hitam ikonik pada model generasi pertama Saga iaitu Proton Knight.

Untuk menambahkan lagi keistimewaan model ini, Proton turut menawarkan pilihan Pakej Aksesori Ulang Tahun yang merangkumi skirting depan dan sisi, visor pintu, pelapik penebat hud, pelapik penebat bonet belakang dan alas bonet belakang (boot tray). Kesemua aksesori ini juga boleh digunakan pada model Saga 2019.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Sebanyak 1,100 unit Saga Anniversary Edition akan dikeluarkan dan ia dijual pada harga RM39,300 selepas pengecualian cukai jualan. Pakej aksesori pula ditawarkan pada harga RM2,035 dan sekiranya anda membuat pembelian secara berasingan, harga keseluruhan aksesorinya bernilai RM2,350. Jadi anda boleh jimat sehingga RM315!

Selain itu, Proton menawarkan penapis kabin N95 kepada pemilik model lain dengan harga RM50.15 sehingga 9 Oktober 2020. Selepas dari tarikh tersebut, harga jualannya akan berubah menjadi RM59. Untuk membuat tempahan Saga Anniversary Edition, pelanggan boleh terus ke pusat jualan atau boleh melakukannya secara dalam talian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply