ARKIB

KATEGORI

Buletin

1,248 kenderaan cuba ‘curi-curi balik kampung’ diarah patah balik – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan 147 sekatan jalan raya untuk rentas negeri di seluruh negara dan semalam mereka telah memeriksa sebanyak 218,027 kenderaan.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Menurut beliau, jika kelmarin sebanyak 508 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk balik ke kampung telah diarah berpatah balik, untuk semalam sahaja 1,248 kenderaan turut mengalami nasib yang sama. Ini bermakna lebih sekali ganda rakyat yang cuba untuk curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Beliau menegaskan, tidak perlu cuba untuk balik ke kampung, bawa anak isteri dan keluarga kemudian sampai di sekatan jalan raya dan terpaksa berpatah balik. Tambah beliau, buat masa ini pihak polis masih lagi arahkan untuk mereka untuk berpatah balik, namun sekiranya pihak polis mengeluarkan kompaun RM1000, maka yang rugi adalah diri mereka sendiri.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya bersabar, kerana jika semua patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan trend positif COVID-19 ini menurun, PKP akan ditamatkan suatu hari nanti dan mereka semua bebas untuk pulang ke kampung.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Ismail Sabri Yaakob

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply