ARKIB

KATEGORI

Buletin

12,997 unit model Hilux dan Fortuner (2018-2019) dipanggil balik untuk penggantian booster brek

Berita Tempatan

Views

Pengedar jenama Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) bagi model trak pikap Hilux dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Fortuner untuk pemeriksaan dan penggantian penggalak (booster) brek.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Berdasarkan dari maklumat yang diperolehi dari Toyota Motor Corporation (TMC), sejumlah 12,997 unit kenderaan terlibat dalam kempen ini. Sebanyak 11,571 unit model Toyota Hilux dan 1,426 unit model Fortuner yang dikeluarkan pada Julai 2018 hingga Januari 2019 dan diedarkan oleh UMWT akan dipanggil balik.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Model yang tiada dalam senarai tersebut tidak terlibat dengan kempen ini. Menurut UMWT, masalah tersebut berpunca dari omboh resin dalam penggalak brek berkenaan yang boleh menjejaskan prestasi membrek.

UMWT akan akan menghantar surat pemberitahuan kepada pemilik yang terjejas dan segala kos penggantian adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Servis Toyota yang bertauliah atau Talian Bebas Tol Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply