Agak lama juga kita tidak melihat kelibat unit ujian model baharu Proton berada di jalan raya berikutan munculnya Kluster Auto yang menyebabkan Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ditutup sementara dan kakitangannya pula terpaksa bekerja secara bergilir atau bekerja dari rumah.
Hari ini, kelibat sebuah Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali turun menyambung ujian jalan raya dan telah berjaya dikesan oleh pemilik akaun Facebook bernama, Suhaimi Zamil tengah hari tadi.
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
Menurut Suhaimi, lokasi penemuannya adalah di Setia Alam menghala ke Lebuhraya PLUS arah utara. Kami berpendapat, mungkin ia berlegar di sekitar Lembah Klang sahaja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung COVID-19. Kedua-dua unit tersebut masih ditampal dengan pelekat celoreng di beberapa bahagian untuk menyembunyikan perubahan yang dibuat.
Paling ketara adalah perubahan pada bampar belakang, rim dan bentuk susunan lampu Persona MC2 yang kini digelapkan sedikit, manakala Iriz MC2 versi crossover pula kelihatan jelas ‘para bumbung’ (roof rail) dan ia agak sedikit kembang di bahagian lengkung tayar.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
Jika diperhatikan dengan teliti, bampar pada Iriz MC2 versi crossover seakan hampir sama dengan model sedia ada. Mungkin ada perubahan yang dibuat namun tidak kelihatan begitu jelas dari foto ini. Apa yang pasti, bukan kedua-dua model ini akan dipertingkatkan bukan sekadar pada penampilan.
Kedua-duanya dikatakan bakal menggunakan transmisi 4-kelajuan automatik yang akan menggantikan transmisi CVT pada model semasa. Kami menjangkakan model-model ini akan dilancarkan pada suku kedua tahun hadapan. Nantikan info terbaharu dari ejen perisik kami, Mat Bond dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Suhaimi Zamil
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
KOMEN TERKINI