ARKIB

KATEGORI

Buletin

160 stesen pengecas EV akan dipasang di Kuantan menjelang 2025

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 160 stesen pengecas awam bagi kenderaan elektrik (EV) membabitkan 55 lokasi di sekitar bandar raya Kuantan akan dipasang menjelang 2025.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, sasaran itu dibuat dalam usaha menjadikan daerah ini sebagai bandar raya pintar sekali gus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Menurutnya, bagi fasa pertama sebanyak 33 stesen pengecas EV akan dipasang di 13 lokasi dengan melibatkan kos RM4 juta.

Ujar beliau, setakat hari ini, 11 unit parkir stesen pengecas EV telah disediakan kepada pengguna di beberapa lokasi seperti di tiga unit di Hotel Mega View dan masing-masing dua unit di Kompleks Bandaraya Kuantan, Berjaya Megamall, Kompleks Seri Dagangan Centre serta Air Putih.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Di lokasi ini terdapat dua stesen pengecas pantas arus-terus (DC), manakala 10 lagi bagi stesen pengecas arus ulang-alik (AC). Pemilihan pengecas DC adalah lebih pantas dan dapat meningkatkan masa mengecas bateri kenderaan jenis EV.

Tambah beliau, pihaknya akan meneruskan lagi usaha pemasangan stesen pengecas ini di mana pada tahun 2024 akan didirikan 16 lagi lokasi dengan 47 pengecas yang akan dipasang, dan seterusnya pada tahun 2025, sebanyak 30 lokasi melibatkan 80 pengecas.

Beliau berkata demikian dalam sesi sidang media selepas melancarkan stesen ‘Electric Vehicle (EV) Charging’ dengan kerjasama BLH Ecoenergy Sdn Bhd yang dipasang di parkir Hotel Mega View, semalam.

Hamdan berkata, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) antara pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama yang bekerjasama dengan pihak operator bagi melaksanakan stesen pengecas EV di negara ini.

Jelasnya, kewujudan stesen ini secara tidak langsung dapat mempromosikan bumi hijau yang menyumbang kepada pengurangan bacaan kardon dioksida di Bandaraya Kuantan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Beliau turut menjangkakan pelancongan akan bertambah dan tertarik untuk mengunjungi bandar ini apabila pemasangan stesen pengecas EV lengkap dalam tempoh tiga tahun lagi.

Ini merupakan satu lagi inisiatif hijau atau Kuantan Go Green membabitkan penggunaan kereta elektrik. Kalau sebelum ini, rata-rata komuniti pengguna EV Yang ingin mengunjungi bandar raya ini akan tertanya-tanya lokasi mengecas kereta elektrik mereka.

Ujarnya, sebelum ini memang agak sukar mendapatkan pengecas dan yang ada hanyalah inisiatif daripada pihak swasta dan penjual kereta malahan lebih menyukarkan kerana mereka tidak beroperasi 24 jam.

Tambah Hamdan, stesen pengecas itu ditempatkan di kawasan pelancongan seperti Cherating sehingga ke Gambang, Tanjung Lumpur, Batu Hitam, KotaSAS dan Sungai Lembing.

Kata beliau lagi, ini juga sebagai satu usaha mensasarkan pertambahan bilangan pelancong daripada negara jiran iaitu Singapura dan Thailand yang susah banyak menggunakan EV. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit BLH Ecoenergy

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply