ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua catat rekod tertinggi pengeluaran dan jualan pada Mac

Berita Tempatan

Views

Perodua terus mengukuhkan momentum pengeluaran dan jualan apabila mencatatkan rekod tertinggi pengeluaran, sebanyak 33,666 unit kenderaan manakala divisyen jualannya pula mencatatkan pendaftaran sebanyak 32,179 unit kenderaan pada bulan Mac.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, antara faktor penyumbang termasuklah usaha mereka memenuhi tempahan PENJANA sebelum 31 Mac 2023, penambahbaikan pengeluaran di seluruh ekosistem pembekal dan penyelarasan yang lebih baik dalam rangkaian jualan.

Pada asas suku tahunan, pengeluaran meningkat sebanyak 33.9 peratus kepada 84,800 unit berbanding 63,325 unit yang dikeluarkan pada suku yang sama tahun 2022.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dari segi jualan, pendaftaran meningkat sebanyak 27.5 peratus kepada 78,564 unit dalam tempoh tiga bulan pertama 2023 berbanding 61,624 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pada asas bulanan, Perodua merekodkan peningkatan sebanyak 20.2 peratus kepada 32,179 unit berbanding 26,759 unit yang dijual pada Mac tahun lalu. Jumlah itu juga meningkat sebanyak 29 peratus berbanding 24,936 unit yang dijual pada Februari tahun ini.

Mengulas lanjut, Datuk Sri Zainal berkata prestasi Perodua dijangka terus meningkat di masa hadapan memandangkan jumlah tempahan bagi model keluarannya terus kukuh.

Beliau berkata pertumbuhan pengeluaran yang berterusan berjaya mengurangkan tempoh menunggu untuk beberapa model tertentu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Malah, bagi sesetengah model, tempoh menunggu telah berkurangan dengan signifikan, hanya beberapa model seperti Bezza, Axia dan Alza yang mempunyai tempoh menunggu yang lebih panjang, bergantung kepada pilihan varian dan warna.

Bagi aspek pengeluaran pula, beliau berkata penurunan harga bahan mentah di peringkat global baru-baru ini telah memberikan kelegaan kepada pembekal, Perodua serta kebanyakan pemain industri automotif.

Situasi ini memberi kelebihan yang mana mereka boleh memanfaatkannya dengan menyiapkan stok kenderaan lebih cepat dan dalam masa yang sama mengurangkan tempoh menunggu pelanggan.

Pada akhir Januari lalu, Perodua mengumumkan sasaran pengeluarannya sebanyak 330,000 kereta dan sasaran jualan sebanyak 314,000 kereta pada tahun 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply