Seperti yang kami siarkan dalam artikel terdahulu, hari ini akaun Facebook Proton Cars secara rasminya mengesahkan bahawa, tempahan model SUV tiga-baris tempat duduk, Proton X90 telah pun mula dibuka sejak 8 April lalu.
Menurut Proton, tempahan model ini hanya boleh dibuat menerusi outlet 3S/4S sahaja. Ia selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, baru-baru ini.
Beliau berkata, hanya beberapa pengedar terpilih sahaja yang dibenarkan menjual SUV tersebut. Jelas beliau, pengedar tersebut juga perlu memenuhi tiga syarat wajib bagi melayakkan mereka menjual X90.
Model yang dijana rangkaian kuasa hibrid sederhana (mild hybrid) ini telah dipertontonkan kepada media Malaysia pada 28 Mac lalu di studio rekaan Proton di Shah Alam.
Baru-baru ini, tular dua foto yang katakan risalah model Proton X90 dan menerusi foto-foto tersebut kita dapat melihat senarai varian, pilihan warna, spesifikasi secara ringkas dan juga pilihan konfigurasi tempat duduk.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Berikut adalah pilihan varian dan spesifikasi X90 secara ringkas:
1.5L TGDi BSG Standard
- Pilihan tujuh tempat duduk
- Enjin 1.5L TGDi dengan hibrid sederhana (Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V)
- Transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT)
- Lampu hadapan LED
- Rim aloi 18-inci
- Kemasan tempat duduk jenis fabrik
- Unit inforia bersaiz 12.3-inci
- Kamera undur
1.5L TGDi BSG Executive (tambahan dari varian Standard)
- Pilihan tujuh tempat duduk
- Sistem pemantau tekanan tayar
- Pintu belakang kuasa
- Kemasan tempat duduk jenis ‘leatherette‘
- Tempat duduk pemandu berkuasa
- Tempat duduk hadapan dengan ventilasi
- Kamera 360 darjah dengan paparan 3D
1.5L TGDi BSG Premium (tambahan dari varian Executive)
- Pilihan tujuh tempat duduk
- Sistem Bantuan Pemandu Termasju (ADAS)
- Rim aloi 19-inci
- Kemasan tempat duduk jenis kulit Nappa
- Tempat duduk penumpang hadapan berkuasa
- Pengecasan nirwayar
- Bantuan Parkir Automatik
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
1.5L TGDi BSG Flagship (tambahan dari varian Premium)
- Pilihan enam tempat duduk
- Bumbung lutcahaya panorama
- Suis ‘Bos’ untuk penumpang hadapan
- Tempat duduk barisan kedua ‘Captain Seat‘
Pilihan warna mengikut varian
1.5L TGDi BSG Standard
- Snow White, Armour Silver dan Jet Grey
1.5L TGDi BSG Executive
- Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Ruby Red
1.5L TGDi BSG Standard dan 1.5L TGDi BSG Flagship
- Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red dan Marine Blue
Dari segi keselamatan, X90 di lengkapi dengan tiga ciri keselamatan baharu, iaitu Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Lintasan Belakang dan Informasi Papan Tanda Jalan Raya.
Siri jerayawara pratonton X90 telah mula berlangsung di enam bandar terpilih sejak 8 April lalu dari jam 1.00 hingga 2.00 petang. Hanya tetamu jemputan diberi peluang untuk melihat sendiri reka bentuk kenderaan tersebut termasuk ciri-cirinya, selain membuat tempahan awal.
Berikut adalah lokasi jerayawara pratonton X90:
- 8 dan 9 April – Selangor / KL dan Pulau Pinang
- 15 dan 16 April – Johor dan Pahang
- 29 dan 30 April – Sabah dan Sarawak
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Proton Cars
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI