ARKIB

KATEGORI

Buletin

20 vendor tempatan terima Anugerah Kecemerlangan CCC-ECRL 2023

Berita Tempatan

Views

China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) baru-baru ini telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan 2023 kepada 20 vendor tempatan, termasuk perunding dan subkontraktor projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Edisi keempat anugerah ini memfokuskan tentang kemahiran dan pencapaian yang mengagumkan dalam kalangan para profesional industri pembinaan tempatan merentasi pelbagai bidang, termasuk Pengurusan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Pengurusan Kualiti, Pengurusan Projek dan Peruntukan Sumber.

Pengarah Urusan CCC-ECRL, Kong Qi berkata, anugerah ini melambangkan penghargaan pihaknya atas kegigihan dan komitmen para vendor tempatan, serta menekankan peranan penting mereka dalam melancarkan operasi ECRL pada tahun 2027.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Setakat Mac 2024, projek sepanjang 665 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor ini telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 64 peratus.

Tahun ini menandakan peralihan projek ini daripada pembinaan bawah tanah kepada pembinaan atas tanah dengan penglibatan anggaran 2,000 subkontraktor, pembekal dan perunding.

Antara penerima anugerah, adalah kontraktor jentera berat FLT Machinery Sdn Bhd yang telah merangkul Anugerah Kecemerlangan ini selama empat tahun berturut-turut sejak 2022.

Firma tempatan dari Pahang ini merupakan pakar dalam penyediaan jentera/pembajak, tanah dan pasir sungai. Syarikat yang berpangkalan di Terengganu, Libertium Construction Sdn Bhd pula merupakan vendor tempatan baharu yang tersenarai sebagai penerima anugerah kali ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?\

Subkontraktor ini merupakan pakar dalam membekalkan peralatan untuk substruktur jambatan dan perpaipan pembentung untuk projek ECRL. Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan itu telah diadakan di Ibu Pejabat CCC-ECRL.

Berikut adalah senarai lengkap penerima Anugerah Kecemerlangan CCC-ECRL 2023:

GZ E&C (Malaysia) Sdn Bhd Segala Bestari Sdn Bhd
FLT Machinery Sdn Bhd Huls Transmission Sdn Bhd
Costwin Construction Sdn Bhd T & W Construction and Engineering Sdn Bhd
Advancecon Infra Sdn Bhd Infraconcrete Construction Sdn Bhd
Harajayamas Development Sdn Bhd Concrete Empire Sdn Bhd
Pembinaan Nescaya Sdn Bhd Tanco Builders Sdn Bhd
Yiksin Construction Sdn Bhd Libertium Construction Sdn Bhd
Abina Construction And Trading HSS Integrated Sdn Bhd
S.T.C. Earthwork Sdn BhdVeritas Architects Sdn Bhd
Yusri Maju Sdn BhdPakatan Jurutera Pintar Sdn Bhd

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply