ARKIB

KATEGORI

Buletin

5 beradik hilang bapa angkara pemandu mabuk

Berita Tempatan

Views

Isu pemandu mabuk yang menjadi pembunuh pengguna jalan raya lain semakin menjadi-jadi. Kelmarin, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki yang dipercayai mabuk dalam kejadian di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susur Perai di Bukit Mertajam.

Menurut Sinar Harian, dalam kejadian jam 5.05 pagi itu, mangsa, Khairizul Mohamad Noor, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Isterinya, Zuriana Hasan, 35, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan lanjut.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal di lorong kiri sebelum kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun merempuh mereka dari belakang. Jelas beliau, akibat kejadian itu kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya, manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, manakala isterinya kini dilaporkan masih belum sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal. Tambahnya, pemandu kereta jenis Perodua Alza itu telah ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol.

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan

Dalam pada itu, Nik Ros Azhan meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu agar tampil bagi membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis di mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di Unit Forensik HSJ berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Butterworth selepas keluar makan bersama dua lagi adik mereka malam tadi.

Menurutnya, Zuriana masih belum sedar dan dia juga tidak tahu suaminya telah meninggal dunia. Difahamkan, pasangan berkenaan mempunyai lima anak yang masih kecil. Jenazah Khairizul telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Hj Mohd Saad.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply