Bagi meraikan bulan cinta dan Hari Kekasih (Valentine), Volkswagen Malaysia melancarkan kempen baharu media sosialnya, “Score a Fling“. Kempen ini akan bermula dari 9 hingga 29 Februari 2020 dan menawarkan peserta peluang untuk memenangi pakej penginapan hujung minggu 3 hari 2 malam serba mewah di W Hotel Kuala Lumpur dan model Volkswagen untuk dipandu sepanjang tempoh menginap. Pemenang juga akan menikmati urutan bersama pasangan yang memanjakan secara percuma dari AWAY Spa oleh W Kuala Lumpur.
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
“Score a Fling” diinspirasikan dari aplikasi janji temu Tinder, di mana pengguna hanya perlu leret ke kiri atau ke kanan untuk suka atau tidak. Peserta hanya perlu memilih model Volkswagen kegemaran mereka dan jika ia sepadan, chatbot penggoda akan mengambil alih.
Chatbot itu seterusnya akan mengajak pengguna untuk ‘menarik perhatian’nya dengan kata pikat, dan memilih pengedar Volkswagen untuk memandu uji model yang telah dipilih. Dengan memberikan kata pikat dan menyelesaikan sesi pandu uji akan memberikan peluang peserta kepada para untuk merebut hadiah tersebut.
Pemenang bertuah akan diumumkan pada bulan Mac menerusi platform sosial media Volkswagen. Selain itu, sebagai sebahagian daripada kempen “Score a Fling“, Volkswagen turut menawarkan pandu uji semalaman bagi mereka yang berminat sepanjang tempoh kempen. Untuk menyertai “Score a Fling“, layari pautan ini!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
KOMEN TERKINI