ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin lancar tayar trak X Multi Z 2

Berita Tempatan

Views

Pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin hari ini melancarkan produk terbaharu mereka, Michelin X Multi Z 2 khusus untuk pasaran tayar trak. Ia merupakan penambahan baharu dalam barisan produk terlaris Michelin di rantau Asia Timur dan Australia. Tayar ini dilengkapi dengan inovasi teknologi terbaharu, jangka hayat yang lebih panjang serta prestasi yang dinaik taraf.

Menurut Pengarah Komersial Antara Perniagaan yang mewakili Michelin Malaysia, En. Muhammad Arya Subrata, Michelin X Multi Z 2 dapat membawakan kecemerlangan dalam aspek keselamatan yang tiada tandingannya, serta membantu para pelanggan memenuhi masa penghantaran dan kecekapan yang ingin dikecapi – lantas, menjurus kepada peningkatan produktiviti dan keberkesanan kos bagi perniagaan mereka.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Tiga inovasi teknologi terulung yang diketengahkan menerusi tayar ini ialah:

Regenion

Teknologi Michelin yang meliputi alur (grooves) tayar berlainan bentuk, ia menjamin canggaan (deformation) bunga tayar yang minimum, sekali gus menyumbang kepada rintangan guling yang lebih rendah, serta menjimatkan penggunaan bahan api. Menerusi teknik cetakan logam 3D terbaharu, alur longitud pada tayar tersebut mampu pulih semula sementara tayar tersebut melalui proses kehausan.

Ia dapat menawarkan tahap cengkaman yang tinggi sepanjang kitaran hayatnya dalam apa jua cuaca, serta mengurangkan kadar kehausan sekaligus menjadikan jangka hayatnya 20 peratus lebih panjang berbanding produk terdahulu, Michelin X Multi Z 1.

Infinicoil

Teknologi yang menampilkan lapisan bunga tayar yang diperkukuhkan dengan dawai keluli sepanjang 400 meter, bergantung kepada saiz tayar, di dalam selongsongnya. Dawai keluli berkekuatan tinggi ini meningkatkan tahap keteguhan tayar, lantas mengoptimumkan permukaan tayar yang bersentuhan dengan lantai dan membekalkan jarak perbatuan yang lebih tinggi.

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan

Ia menawarkan tahap kestabilan yang lebih baik sepanjang hayat tayar berkenaan, di samping membantu mengurangkan risiko kehilangan tekanan yang boleh berlaku secara mengejut untuk menjamin kawalan kenderaan yang baik. Selain itu, ia melanjutkan keupayaan mobiliti meskipun ketika tayar pancit, serta memperbaiki aspek kehausan yang tidak sekata kerana ia meratakan permukaan tayar yang bersentuhan dengan lantai, lantas menyumbang kepada kadar perbatuan yang lebih tinggi, serta mengurangkan insiden kerosakan yang tidak dijangka.

HT Nylon

Ia mampu meningkatkan ketahanan lekuk (bead) tayar yang bukan sahaja membantu mengurangkan kadar kerosakan tayar yang berhubung kait dengan penggunaan berjarak jauh/berkelajuan tinggi serta kitar penggunaan berterusan sebanyak 10 peratus, malah meningkatkan tahap keupayaan untuk mencelup tayar (retreadability) berkenaan.

Di Malaysia, Michelin X Multi Z 2 terbaharu kini boleh didapati dalam dimensi 11R22.5 menerusi wakil pengedar tayar trak Michelin yang bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.michelin.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply