ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Tular

Warganet mulai sangsi Yamaha RX-Z 135 Catalyzer yang dibeli dengan harga RM100K, betul ke?

Tular

Views

Sejak semalam tular dilaman sosial dan beberapa portal permotoran mengenai kisah sebuah motosikal jenis Yamaha RX-Z 135 Catalyzer keluaran tahun 2010, kategori New Old Stock (NOS) yang telah berjaya dijual pada harga RM 100,000. Ini sekaligus meleburkan rekod dipegang oleh seorang warga Vietnam yang membeli kapcai Edisi Terhad Yamaha 125zr Go! keluaran tahun 2003 dengan harga RM85,000, bulan lalu.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Yamaha RX-Z 135 Catalyzer itu dibeli oleh seorang YouTuber dari saluran Rudy Geng Tayar Besar daripada KM Chen Motor Trading di Pasir Gudang, Johor. Sebelum ini rekod harga motosikal jenis sama yang paling mahal dipegang oleh seorang pemuda bernama Tuan Putera Amirul Tuan Muda dari Kampung Paka, Dungun yang memiliki RX-Z Millenium bernilai RM70,000.

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Namun sudah mulai kedengaran komen-komen dari “Geng Bawang” yang mengatakan harga Yamaha RX-Z 135 Catalyzer itu sebenarnya tidak sampai RM100K pun, hanyalah RM45K sahaja. Tangkap layar dari sembang group Whatsapp itu mulai tular di laman sosial itu masih lagi belum disahkan kesahihannya.

Apa pun, kita tunggu apa kata tuan empunya motosikal itu sendiri dan biarlah dia yang menjelaskan perkara yang sebenar. Kalau boleh tunjuk bukti resit pembelian ke apa yang berkaitan lagi bagus kan, betul tak? Sebenarnya kami tidak kisah pun berapa harga motosikal tu, cuma kami rasa kagum dengan mereka yang sanggup habiskan puluhan hingga ratusan ribu ringgit untuk memiliki barangan “rare” ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply