ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Kalau Proton X50 ada versi ute, mungkin ini gaya rekaan yang paling ‘mantul’!

Gambaran Artis

Views

Sejak Arena dihentikan pengeluarannya, tiada lagi ute atau trak pikap kecil versi Proton untuk menggantikannya. Jika ada pun ia hanyalah dalam bentuk prototaip, model tanah liat atau model trak pikap konsep yang pernah dipamerkan semasa Hari Terbuka Alami Proton pada 2015 yang menggunakan model asas Exora.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Satu lagi prototaip ute yang dihasilkan oleh Bufori hasil cetusan idea daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diubah suai daripada model sedan Prevé. Namun semuanya tinggal kenangan dan langsung tidak direalisasikan. Memandangkan Proton hanya menanti detik pelancaran rasmi X50, pemanipulasi digital tersohor, Theophilus Chin menggunakan kepakarannya untuk menghasilkan gambaran ute dari model tersebut.

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Hasilnya, ute versi X50 tampil dengan rekaan yang sangat sporty dan mantap. Rekaan X50 yang dikatakan menerima tempahan mencecah 12 ribu unit setakat ini sememangnya sangat ‘ngam’ dengan profil sebuah ute. Malah tidak keterlaluan jika kami katakan, hasil sentuhan Theo jauh lebih baik dari rekaan trak pikap Geely Farizon FX yang begitu pelik dan jelik pada mata kami.

Diharapkan pihak pengurusan Geely dan Proton akan ‘membuka mata’ untuk menghasilkan X50 versi ute seperti ini pada masa akan datang memandangkan pemintaan model khusus sebegini masih lagi ada. Mungkin ia boleh diubah suai menjadi kenderaan penghantar barangan atau untuk kegunaan usahawan kecil-kecilan asalkan harganya tidak keterlaluan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply