ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini imej paten Lotus Type 132?

Imej Paten

Views

Nampaknya sekali lagi sahabat kami Vanhoe Rage berjaya membuat satu pembongkaran besar. Kali ini dia telah berjaya mendapatkan beberapa imej paten sebuah crossover yang didaftarkan atas nama Wuhan Lotus Cars Co., Ltd.

Dari reka bentuk model ini, jelas ia mempunyai banyak persamaan dengan crossover elektrik pertama Lotus, yang dikenali dengan nama Type 132 yang bakal dilancarkan pada 29 Mac ini.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Persamaan yang paling ketara adalah rekaan pengatup jeriji aktif berbentuk komposisi segi tiga pada bahagian bawah bampar hadapan.

Selain itu, bentuk jejalur lampu jenis LED yang nipis di bahagian belakang yang ditayang dalam video acah terbaharu, mengesahkannya adalah Lotus Type 132.

Dari profil sisi, reka bentuknya juga kelihatan sama dengan foto intip unit ujian prototaip pra-pengeluaran SUV berkenaan yang baru-baru ini telah dikesan di China. Dengan beberapa bukti yang ada, tidak syak lagi ia adalah Lotus Type 132.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Type 132 bakal menjadi produk teras utama bagi model-model lain seperti coupe empat-pintu segmen-E, Type 133 pada 2023 yang kemudiannya disusuli oleh SUV segmen-D, Type 134 pada 2025 dan sebuah kereta sport elektrik Type 135 pada 2026.

Lotus mengesahkan yang crossover elektrik ini akan menampilkan teknologi 800-volt dan pek bateri dengan kapasiti antara 92 ke 120 kWh. Difahamkan Type 132 mampu memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh kurang dari tiga saat.

* Jika anda perasan, Lotus Type 132 ini mempunyai sedikit unsur rekaan model konsep Lotus APX kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vanhoe Rage

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected] X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply