ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah kenderaan perisai ANOA 6×6 keluaran PT Pindad calon pilihan ganti Condor?

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini telah melawat kemudahan pengeluaran produk ketenteraan dan komersial milik syarikat PT Pindad, terletak di Bandung.

Menurut portal Defence Security Asia, PT Pindad merupakan syarikat milik kerajaan Indonesia yang terlibat dalam pembuatan produk-produk ketenteraan dan komersial.

Bercakap kepada media selepas lawatan ke PT Pindad itu, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan Malaysia menjalin kerjasama dalam bidang industri pertahanan dengan negara jiran tetangganya itu.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Kata beliau, objektif lawatan ke PT Pindad adalah untuk melihat perkembangan industri pertahanan di Indonesia. Tambah beliau, mungkin selepas ini pihaknya akan melihat peluang bagaimana untuk mengadakan kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia.

Kenyataan Perdana Menteri itu mungkin dibuat secara umum, namun PT Pindad kini sedang mengintai peluang untuk membekalkan kenderaan perisai 6×6 ANOA kepada Tentera Darat bagi menggantikan Condor.

Buat masa ini, Kementerian Pertahanan belum mengeluarkan sebarang tender tentang perolehan kenderaan perisai 6×6, tetapi ramai dikalangan pemain-pemain industri mengetahui bahawa ia bercadang mendapatkan kira-kira 400 buah kenderaan perisai 6×6 untuk menggantikan Condor.

Bagaimanapun PT Pindad perlu bersaing dengan syarikat-syarikat lain, antaranya seperti FNSS yang menawarkan PARS 6×6 serta Hyundai ROTEM yang turut berminat untuk membekalkan kenderaan perisai 6×6 K806 keluarannya sekiranya Kementerian Pertahanan mengeluarkan tender secara rasmi kelak.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Di atas kertas, mungkin syarikat FNSS daripada Turki itu sedikit ke hadapan dalam saingan berikutan kerjasamanya dengan syarikat tempatan, DEFTECH sebelum ini dalam menghasilkan kenderaan tempur Gempita dan Adnan.

Kenderaan perisai ANOA didatangkan dalam pelbagai varian daripada APC kepada Armoured Fighting Vehicle (AFV) dan lain-lain lagi.

Sebenarnya kerjasama pertahanan antara Malaysia dengan Indonesia bukanlah sesuatu yang asing kerana contoh terbesar sebelum ini adalah pembelian lapan buah pesawat pengangkut CN-235 yang dibangunkan secara bersama oleh PT Dirgantara Indonesia dengan rakan dari Sepanyol, CASA.

Kerjasama itu diteruskan sehingga hari ini dengan tiga buah pesawat pengangkut CN-235 TUDM itu kini berada di kemudahan PTDI di Bandung bagi kerja-kerja menaiktarafnya kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply