ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setelah rosak lima tahun, eskalator Stesen Sri Rampai akan dibaiki bulan depan

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang pemilik akaun Twitter mendakwa eskalator di Stesen Sri Rampai yang tidak berfungsi sejak lima tahun lalu telah menarik perhatian warganet.

Menurut Sinar Harian, status yang ditulis @MuzamilIdris pada Rabu lalu ditujukan kepada @RapidKL dan mendapat 4,731 tanda suka serta 4,343 ulang ciap.

Menerusi ciapan tersebut, MuzamilIdris telah berkongsi keadaan eskalator tersebut pada 9 November 2016 yang sehingga kini belum berfungsi.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Soalnya, setelah lima tahun dia menanti dan telah tiga kali bertukar kerajaan, adakah eskalator ini dari 2016 masih belum mendapat alat ganti lagi?

RapidKL kemudiannya membalas ciapan lelaki berkenaan dengan memaklumkan aduan tersebut akan disemak oleh petugas syarikat tersebut.

Bagaimanapun, RapidKL kemudian membuat permohonan maaf di atas balasan Twitter tersebut susulan penyelenggaraan kemudahan tersebut bukan di bawah bidang kuasa mereka.

 

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Jelas RapidKL, pihaknya menyarankan lelaku itu supaya mengemukakan aduan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do atau @DBKL2u.

Sementara itu, sumber DBKL ketika diminta mengulas berhubung perkara itu mengesahkan kemudahan tersebut adalah di bawah selenggaraan DBKL.

Tambah semuber tersebut, pihak kontraktor akan menjalankan kerja-kerja pembaikan eskalator berkenaan akan bermula pada bulan Disember nanti dan ia dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply