ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aduan salah laku kakitangan yang tak diendah, Anthony Loke akan jumpa SPRM

Berita Tempatan

Views

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendedahan salah laku kakitangan agensi di bawah kementeriannya yang tidak diendahkan.

Loke berkata, setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara terbabit dan memandang serius apa yang didedahkan oleh Tan Sri Azam Baki itu.

“Saya tak ada maklumat kerana ini melalui laporan media, namun oleh sebab beliau (Azam) ada menyebut berkenaan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan, maka saya akan mengambil langkah proaktif, saya akan memohon janji temu untuk bertemu dengan beliau bagi mendapatkan laporan lanjut.

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan saya akan mengarahkan di peringkat kementerian, Ketua Setiausaha dan semua ketua jabatan untuk beri kerjasama penuh serta mengambil tindakan sekiranya apa-apa laporan yang diberikan itu mempunyai bukti dan asas kukuh sama ada membabitkan tata kelola atau salah laku tadbir urus,” katanya ketika ditemui hari ini.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beliau mengulas laporan New Straits Times mengenai pendedahan Azam bahawa ada antara agensi kerajaan tidak mengendahkan laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka walaupun suruhanjaya itu mengesyorkan supaya tindakan diambil.

Malah, katanya lebih 500 laporan salah laku yang sebahagiannya dikemukakan 12 tahun lalu masih belum diambil tindakan oleh ketua jabatan termasuk membabitkan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan SPRM masih menunggu tindakan susulan daripada agensi kerajaan berkenaan.

Mengulas lanjut, Loke berkata, berdasarkan apa yang dinyatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, ia tidak membabitkan kes jenayah sebaliknya lebih kepada salah laku.

“Kalau kes jenayah, tak perlu rujuk kepada kementerian atau jabatan, akan terus diambil tindakan pendakwaan secara langsung tetapi kalau membabitkan salah laku, tatatertib, disiplin dan sebagainya, saya nak tahu senarai satu persatu, kes mana, membabitkan pegawai mana, kes apa, itu yang penting.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Saya akan pastikan supaya kalau mana-mana kes membabitkan sesiapa sahaja di Kementerian Pengangkutan, mesti diambil tindakan sepatutnya dan saya akan arah Ketua Setiausaha untuk melaksanakan tugas terbabit serta mengambil tindakan terhadap semua kes yang dibangkitkan itu,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak berkompromi dengan sebarang salah laku kerana meletakkan integriti sebagai budaya pentadbiran dan asas penting dalam kerajaan.

“Itu sebabnya kita menjadikan budaya integriti sebagai satu dasar penting dalam pentadbiran kita dan seperti ditekankan selalu oleh Perdana Menteri, tata kelola baik amat penting dalam semua kementerian, jabatan serta agensi.

“Justeru, apa sahaja salah laku dalam mana-mana peringkat sama ada di kementerian, jabatan atau agensi, tidak akan dikompromi,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply