ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ital Auto ganti Naza Italia sebagai pengedar baharu Ferrari di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Setelah menamatkan kerjasamanya dengan Naza Italia berkuat kuasa 8 April 2023, Ferrari S.p.A. telah menamakan Ital Auto Malaysia sebagai rakan kerjasama baharunya untuk pasaran Malaysia.

Menerusi sepucuk surat pekeliling yang diedarkan kepada para pelanggannya, Ital Auto Malaysia telah diumumkan sebagai pengimport bertauliah secara rasmi untuk pasaran Malaysia, bermula 5 Mei 2023.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Pegawai Komersil dan Pemasaran Ferrari Enrico Calliera berkata, Ital Auto telah menjadi pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Singapura sejak 2009 dan telah terbukti sebagai rakan kongsi yang efektif dan boleh dipercayai.

Pihaknya yakin bahawa pelanggan mereka di Malaysia dan rantau ini akan terus menerima layanan yang terbaik. Ital Auto juga akan mengambil alih deposit dan tempahan pelanggan sedia ada daripada Naza Italia untuk kenderaan Ferrari.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ital Auto merupakan sebahagian daripada Kumpulan Komoco yang mengendalikan beberapa francais jenama kereta berpangkalan di Singapura yang dimiliki oleh hartawan dari Malaysia, Ong Beng Seng.

Kumpulan itu turut mengendalikan beberapa jenama automotif lain di negara republik berkenaan, termasuklah Maserati, Alfa Romeo, Jeep, dan Hyundai..

Ada desas-desus mengatakan, bilik pameran Ferrari baharu kendalian Ital Auto yang terletak di Glenmarie kini sedang dalam proses pembinaan. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bilakah ia akan mula beroperasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply