ARKIB

KATEGORI

Buletin

ADUN Subang Jaya kecewa dengan tindakan penguatkuasa MPSJ kasari warga emas

Berita Tempatan

Views

Sejak semalam tular satu rakaman video yang insiden pergaduhan antara seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan warga emas di media sosial. Ia mendapat pelbagai reaksi dari warganet dan turut menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Menurut Sinar Harian, Michelle menggesa anggota penguatkuasa MPSJ yang melakukan kekasaran terhadap seorang lelaki di USJ9 di sini memohon maaf kepada individu terbabit. Beliau berkata, pihaknya berasa kecewa dan sedih dengan tindakan kasar anggota penguat kuasa itu selepas menonton video insiden tersebut.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Menurutnya, meskipun tindakan lelaki tersebut memukul anggota penguat kuasa dengan menggunakan payung adalah tidak betul, namun anggota penguat kuasa tidak wajar membalas dengan kekasaran melampau. Michelle berkata, pegawai penguat kuasa tersebut harus meminta maaf daripada individu terbabit.

Pihak MPSJ pula perlu memperbetulkan situasi ini dengan individu tersebut. MPSJ juga perlu mengambil semua langkah yang wajar bagi memastikan semua pegawai penguat kuasa dilatih dengan secukupnya bagi menangani situasi tegang dan memastikan situasi seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.

Video berdurasi 37 saat itu menunjukkan seorang lelaki warga emas ‘mengacukan’ payung kepada seorang anggota penguat kuasa. Tindakan itu dipercayai berlaku selepas anggota penguat kuasa terbabit menunda kenderaan miliknya yang diletakkan di tempat yang salah.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Anggota penguat kuasa berkenaan pada mulanya meminta supaya lelaki terbabit tidak menggunakan kekerasan, namun lelaki itu terus memukul anggota tersebut menggunakan payung. Berang dengan tindakan warga emas itu, anggota penguat kuasa itu menumbuk dan menjatuhkannya di lantai.

Lelaki warga emas itu turut dilihat mengalami sedikit luka di bahagian kepala. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut. Katanya, pihaknya sudah menerima laporan daripada anggota penguat kuasa yang terlibat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186, Seksyen 332 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Beliau dalam pada itu turut meminta jasa baik netizen menghentikan penyebaran video terbabit bagi mengelakkan spekulasi negatif dalam kalangan masyarakat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply