ARKIB

KATEGORI

Buletin

Raikan cinta bersama SOCAR – Menangi penginapan 2 malam untuk 2 orang di The Edison George Town Hotel

Berita Tempatan

Views

Sempena ‘bulan cinta’ tahun ini, SOCAR bakal memberi ganjaran kepada anda sempena kempen Hari Kekasih yang bertemakan #LOVEFORALL. SOCAR menawarkan hadiah percutian istimewa kepada para pelanggan untuk menzahirkan rasa cinta mereka, selain beberapa ganjaran lain untuk ahlinya.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu memuat naik ke Instagram gambar rakan, teman baik, kucing, harta paling berharga atau makanan kegemaran anda, malah apa-apa sahaja yang mana anda tidak boleh hidup tanpanya. Di bahagian kapsyen, kongsikan kisah kasih sayang anda dan ceritakan kepada kami kenapa anda amat menyayanginya.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Tag @socar.my dan tiga rakan yang lain di dalam penghantaran berkenaan dan masukkan tanda pagar #SOCARMY #LOVEFORALL #LOVESTORIESCONTEST. Jangan lupa untuk mengikuti akaun Instagram @socar.my. Peraduan ini dibuka mulai sekarang hingga 29 Februari 2020. Penyertaan yang paling kreatif bakal memenangi satu hadiah berupa penginapan 2 malam di  untuk dua (2) orang.

SOCAR menawarkan kejutan istimewa apabila anda membuat tempahan SOCAR2U daripada 6 hingga 29 Februari 2020. Kereta anda akan dihantar bersama-sama snek enak dan sekeping kad Hari Kekasih SOCAR. Selain itu, anda boleh mendapatkan ganjaran apabila menempah SOCAR daripada 6 hingga 16 Februari 2019, untuk perjalanan di antara 10 hingga 16 Februari 2020.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Anda akan menerima kupon 111 minit PERCUMA! Namun anda perlu membuat tempahan untuk sekurang-kurangnya 5 jam. Tempahan kereta BMW dan MINI tidak layak untuk promosi ini. Penduduk Desa Park City dan pelanggan yang sering menggunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang kini boleh menempah SOCAR dihantar terus kepada anda secara percuma kerana perkhidmatan ini diperluaskan ke dua lokasi berkenaan.

Kini, Desa Park City dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz dimasukkan ke dalam senarai lebih daripada 11 kawasan di Lembah Klang dan Pulau Pinang yang diliputi oleh perkhidmatan penghantaran kereta ini, termasuk Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, TTDI, Damansara Utama, Damansara Intan, Sea Park, Sunway, Subang Jaya, SS15 dan Bayan Lepas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply