ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu mabuk bakal dihukum penjara sehingga 20 tahun

Berita Tempatan

Views

Isu kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Disebabkan itu, kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Berita Harian melaporkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata pindaan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi, termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu mabuk. Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan akan meneliti pindaan akta berkenaan kerana penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Kata beliau, secara prinsipnya, kerajaan bersetuju dengan pengubalan akta itu kerana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) di Putrajaya semalam.

Pada sidang media 29 Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk mengenakan hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Buat masa ini, pesalah jalan raya yang memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol hanya dikenakan hukuman di bawah kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Menurut beliau, akta sedia ada tidak mencukupi dan pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal. Ketika ditanya mengenai cadangan pakar kriminologi agar pemandu mabuk yang membabitkan kemalangan maut didakwa mengikut 304 Kanun Keseksaan (membunuh tanpa niat) beliau berkata, kesalahan jalan raya tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Mahkamah akan memutuskan setiap kesalahan dilakukan pemandu termasuk menetapkan tindakan undang-undang kepada pesalah

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply