ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ahli Parlimen Kuala Krai cadang Plaza Tol Gombak ditutup

Berita Tempatan

Views

Berikutan kesesakan teruk dialami pengguna khususnya setiap kali musim perayaan dan hujung minggu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) mencadangkan supaya Plaza Tol Gombak ditutup. Menurut laporan Harian Metro, cadangan itu dikemukakan selepas mengambil kira usia tol berkenaan yang kini sudah beroperasi sejak 50 tahun lalu.

Abdul Latiff mencadangkan perkara itu pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Perbekalan 2020 Kementerian Kerja Raya, di sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini. Menurutnya, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dibuka pada 1977 dan antara lebuh raya bertol yang terawal di Malaysia.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Beliau mendapati berlaku kesesakan di lebuh raya ini setiap kali musim perayaan dan cuti hujung minggu terutama di Plaza Tol Gombak. Beliau yang setiap minggu berulang alik melalui laluan ini sudah hampir dua tahun, merasai sendiri kepayahan dan kesusahan yang dialami oleh rakyat Pantai Timur.

Abdul Latiff berkata, pada setiap Ahad, beliau perlu bertolak 12 tengah hari untuk sidang Parlimen pada hari Isnin dan jika lewat maka, beliau akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Katanya, semasa musim perayaan Deepavali baru-baru ini, beliau memerlukan hampir dua jam setengah untuk tiba di Kuala Lumpur.

Jelas beliau, setiap hujung minggu khususnya petang Ahad, semua pengguna akan menghadapi tekanan untuk melepasi kesesakan di tol itu, apatah lagi di setiap musim perayaan kerana ia menjadi pintu masuk utama pengguna daripada tiga buah negeri (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Justeru, satu penyelesaian yang holistik dan segera diperlukan dan beliau mencadangkan Plaza Tol Gombak perlu dihapuskan segera selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH). Katanya, seperti yang kita fahami, antara tujuan pembinaan lebuh raya dan tol ialah untuk mempercepatkan perjalanan tapi, jika ia menjadi punca kesesakan ia perlu di hapuskan segera.

Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata, beliau juga mencadangkan supaya kementerian menaik taraf jalan alternatif Bentong – Gombak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak. Jalan lama ini perlu dibaiki dan dibesarkan selain beberapa laluannya perlukan lampu jalan agar ia boleh di jadikan laluan alternatif terutama setiap kali musim kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak.

Tambahnya, beliau tidak mahu mendengar lagi jawapan YB (Yang Berhormat) Menteri bahawa kementerian akan buat kajian atau sedang buat kajian. Beliau turut mempersoal sampai bila kajian perlu dilakukan kerana setiap kali isu ini dibangkitkan jawapan yang sama akan disebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply