ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi kelima Honda City dilancarkan di Thailand – Enjin 1.0 VTEC turbo

Berita Global

Views

Yang dinanti muncul jua! Sebentar tadi berakhirlah penantian peminat jenama Honda yang menantikan model baharu City (2020) setelah model tersebut membuat pengenalan global sulungnya di Thailand. Untuk pasaran negara tersebut, Honda hanya menawarkan satu pilihan penjana, iaitu enjin tiga silinder VTEC 1.0 liter yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari BorgWarner, dwi Variable Valve Timing Control (VTC) dan Variable Valve Timing and Lift Electronic Control (VTEC).

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton</a

Sungguhpun bersesaran kecil, enjin ini mampu menjana 122 PS pada 5,500 rpm dan 173 Nm daya kilas dari 2,000 ke 4,500 rpm. Generasi baharu City ini menepati kriteria yang ditetapkan untuk Kereta Eko Fasa 2 Thailand yang dikatakan lebih ketat dari segi penggunaan bahan bakar dan emisi. Selain itu Kereta Eko Fasa 2 telah menetapkan beberapa peraturan ciri keselamatan seperti Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Empat varian ditawarkan bermula dari S, V, SV dan buat pertama kalinya model City ditawarkan dengan varian sport, iaitu RS. Semua varian didatangkan dengan lampu siang LED (DRL), antena sirip jerung dan sistem infohiburan Honda Connect yang menyokong sistem operasi Android Auto dan Apple CarPlay. Dari segi kemasan, gred S dan V menerima balutan fabrik, manakala untuk dua varian lebih tinggi SV dan RS pula menerima kemasan balutan kulit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply