ARKIB

KATEGORI

Buletin

MARii, Arus Jaya dan Perodua bangunkan Bilik Pameran Digital yang pertama di Sabah

Berita Tempatan

Views

Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Arus Jaya Automotive Sdn. Bhd. dan Perodua telah mengumumkan kerjasama strategik dalam membangunkan Jualan dan Servis Pintar yang menjurus kepada penubuhan Bilik Pameran Digital yang pertama. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Marriott Kota Kinabalu.

Bilik Pameran Digital itu merupakan yang pertama seumpamanya bakal direalisasikan, untuk beralih ke arah meningkatkan digitalisasi sektor selepas jualan. Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Darell Leiking.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Pembangunan Bilik Pameran Digital bakal dijadikan platform untuk memperkasakan operasi perniagaan dan pengalaman pembelian pelanggan menerusi adaptasi teknologi digital dan servis di sekitar Sabah. Ia bakal menggunakan elemen Industri 4.0 seperti Big Data Analytics (BDA), Internet of Things (IoT) dan perkhidmatan berasaskan Awan (Cloud) bagi mengubah cara perkhidmatan selepas jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata, Bilik Pameran Digital ini bakal mengubah sektor jualan, servis dan selepas jualan sebagai dimensi digital di mana ia mengubah pengguna yang terlibat. Inisiatif ini bakal mengubah senario jualan dalam industri, membolehkan pemilik perniagaan untuk mengurangkan kos operasi tanpa perlu melabur dalam pembelian model bilik pameran dalam kuantiti besar dan pada masa yang sama, memaksimumkan pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan semasa mereka membuat keputusan pembelian.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Semasa proses runcit, pengguna boleh menyesuaikan kenderaan mereka dalam masa nyata dan pada masa yang sama teknologi itu boleh digunakan untuk mempercepat proses urus niaga jualan dan perkhidmatan melalui repositori pengetahuan berasaskan awan dan sistem pengiktirafan yang boleh mengenal pasti dan mengesan rekod kenderaan, maklumat kewangan dan pangkalan data servis.

Ketua Pegawai Eksekutif Arus Jaya Automotive Sdn. Bhd., En. Simon Chee berkata kerjasama ini akan meningkatkan prestasi sektor selepas jualan di sekitar Sabah, khususnya dalam pembangunan teknologi. Konsep Bilik Pameran Digital boleh digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk menerusi cara baharu yang inovatif dan pada masa yang sama meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan dengan menyediakan mereka alat baharu untuk menyesuaikan dan membeli kenderaan yang dikehendaki.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad pula berkata, disebabkan mereka tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai kerjasama ini atas sebab-sebab tertentu, apa yang boleh beliau katakan, Perodua ingin memastikan pengalaman digital mereka bakal diingati oleh para pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply