ARKIB

KATEGORI

Buletin

AIG ramal risiko utama bagi tahun 2019 – Umumkan pelan untuk tangani isu melibatkan keselamatan jalan raya

Views

AIG Malaysia bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-100 di peringkat global pada tahun 2019 serta ulang tahun yang ke-66 bagi AIG Malaysia. Dalam satu sidang media istimewa baru-baru ini, mereka meraikan inisiatif yang diambil oleh syarikat ini untuk melindungi warga Malaysia dan menjelaskan mengenai empat risiko utama bagi tahun 2019.

Antony Lee, Ketua Pegawai Eksekutif AIG Malaysia telah mengenal pasti aspek-aspek yang berisiko tinggi bagi entiti perniagaan serta individu, dan menyoroti keselamatan jalan raya, sekuriti siber, perlindungan bagi PKS dan para pelancong sebagai fokus utama bagi mereka untuk tahun 2019.

Bermula dari tahun 1919, dengan kepakaran yang berusia seabad dalam perihal melibatkan pelbagai jenis risiko, rekod tuntutan yang cemerlang serta kedudukan kewangan yang kukuh. AIG Malaysia berada di landasan yang tepat untuk membangunkan solusi inovatif bagi mengatasi pelbagai jenis risiko yang sering berubah-ubah.

AIG bakal memperkenalkan sebuah aplikasi mudah alih yang pintar pada tahun 2019 yang mengguna pakai kebolehan telematik untuk memupuk tabiat pemanduan yang lebih baik melalui gamifikasi.  Ia bakal menggunakan data yang dikumpul daripada aplikasi mudah alihnya, berserta pengalaman mereka dalam pengendalian pelbagai jenis tuntutan untuk memupuk tabiat pemanduan yang lebih baik di seluruh negara.

AIG menjangkakan bahawa permintaan tempatan ke atas perlindungan siber melibatkan pencerobohan data, kecurian identiti, dan perisian hasad (malware) akan meningkat. Dengan insurans CyberEdge yang menyinambungkan kepakaran daripada perkhidmatan ICT bersama penawar solusi, Dimension Data, AIG memiliki pasukan Respons dan Tuntutan Pencerobohan Siber (Cyber Breach Response and Claims) yang bertauliah untuk memberikan bantuan kepada para pelanggan dalam waktu-waktu yang penting ketika berlakunya insiden siber.

AIG juga mendapati Perusahaan Kecil dan Sederhana perlu dilindungi daripada risiko yang tidak dapat diduga. Menurut data tuntutan yang diterima oleh AIG, kebakaran meliputi kebanyakan kes tuntutan oleh PKS dalam tempoh tiga tahun yang lepas. Jumlah dan nilai tuntutan bagi kerugian akibat kebakaran juga telah meningkat pada tahun 2017. Meskipun data ini menunjukan trend peningkatan yang membimbangkan, hanya 15 peratus sahaja daripada kalangan mereka yang memilih untuk membeli insurans melibatkan gangguan operasi perniagaan.

Pada masa yang sama, hanya 15 peratus daripada kalangan mereka yang telah mengambil inisiatif untuk membeli perlindungan daripada bencana banjir walaupun kajian mendapati risiko melibatkan bencana ini telah meningkat secara signifikan bagi PKS – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melaporkan bahawa kes banjir di Kelantan pada tahun 2014 telah menjejaskan 13,000 PKS, iaitu hampir 40 peratus PKS di negeri tersebut.

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Tuntutan melibatkan kes banjir di kawasan yang sebelum ini tidak pernah terjejas dengan insiden banjir kilat juga semakin meningkat. Sewaktu bencana banjir yang berlaku di Pulau Pinang pada tahun lalu, hampir 2,000 mangsa terpaksa dipindahkan. AIG telah membayar lebih kurang RM2 juta dalam bentuk tuntutan, dan bertindak balas secara proaktif untuk pembayaran interim setinggi RM20,000 kepada pemegang polisi yang paling terjejas dalam tempoh empat hari sejak ia dimaklumkan.

AIG meramalkan bahawa risiko terbesar yang PKS akan hadapi dalam tempoh 12 bulan yang akan datang ialah kerosakan harta benda dan peralatan. Sepanjang tahun lepas sahaja, entiti-entiti PKS telah membuat tuntutan yang bernilai lebih daripada RM8.1 juta daripada AIG, dan tuntutan pada masa yang akan datang dijangka akan berterusan dengan nilai yang lebih tinggi. Oleh itu, AIG telah merangka pelan insurans bagi PKS, ia menawarkan 13 jenis perlindungan menerusi satu polisi yang komprehensif.

AIG juga telah memperkenalkan insurans pelancongan yang komprehensif, iaitu TravelGuard serta bantuan pelancongan antarabangsa 24/7 dengan AIG Travel Asia Pacific (ATAP). Perkhidmatan ini memiliki sebuah rangkaian yang terdiri daripada 8 pusat servis di seluruh dunia, dan staf-staf yang mampu bertutur pelbagai bahasa bersedia untuk membantu para pelancong.

AIG TravelGuard telah mengendalikan lebih daripada satu juta panggilan, dan menjalankan hampir 1,000 operasi pemindahan sepanjang sepuluh tahun yang lalu, termasuk penawaran khidmat pelanggan yang meliputi nasihat perubatan daripada doktor serta jururawat bagi semua pemegang polisi insurans pelancongan.

Dalam tempoh sedekad yang lalu, AIG Malaysia telah memenangi Anugerah Penginsurans Terbaik untuk lima tahun dalam Tuntutan Kenderaan; Syarikat Insurans Am Terbaik; dan baru-baru ini, ia tergolong dalam 10 Jenama Majikan Terbaik pilihan Siswazah di Malaysia. Sejak lebih enam dekad yang lalu, syarikat telah mempunyai 1,800 pekerja yang merangkumi lebih daripada 2,500 agen dan rakan kongsi meliputi 16 cawangan, berkhidmat untuk jumlah pelanggan yang mencecah 600,000 di seluruh negara.

Pada tahun yang lalu, AIG menjalin kerjasama dengan Lazada untuk menawarkan insurans pada harga yang berpatutan kepada segmen pasaran yang sangat kurang diinsuranskan. Kolaborasi yang lain juga meliputi rangkaian kedai elektrikal, Senheng dan program kesetiaan, B Infinite. Lebih banyak usaha sama juga dijangka akan dimeterai pada masa yang akan datang.

JOM BACA >> INTIP : Tun Dr. Mahathir naik Geely Bo Rui ziarah jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin – Bayangan model pengganti Perdana?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply